Razif, satu nama yang membuatkan hati aku terasa sakit. Satu kecurangan yang amat memedihkan sehingga membuatkan aku pulang ke rumah tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Flash back
“ Liyana,” jerit Razif sambil mengejar .
Aku memandang Razif dengan mata yang sudah basah dengan air mata . Hatiku sakit bagaikan dihiris sembilu apabila melihat aksi mesra Razif dan gadis yang dilihat sebentar tadi.
“ Kenapa razif buat yana macam nie?” aku bertanya apabila razif hanya berdiam tanpa kata.
“Sebab razif dah tak sanggup tengok hati orang lain sakit bila tengok razif dengan yana,” jawab Razif sambil memandang mata aku meminta agar aku mengerti.
“ Apa maksud razif?”aku masih tidak memahami apa yang di katakan oleh Razif. Hati siapa yang akan terluka apabila melihat aku bersama Razif, adakah gadis yang bersama Razif sebentar tadi.
“ Abang Ikhmal..,”Razif meyebut satu nama. Aku tercenggang apabila mendengar Razif menyebut nama Ikhmal.
“Apa kena mengena hubungan kita dengan abang Ikhmal?” aku bertanya dengan nada yang sedikit tinggi sehingga menarik perhatian orang sekeliling.
“ Hati abang ikhmal sakit bila tengok kita. Memang dia banyak bantu yana dengan zif selama nie,tapi zif tahu hati dia terluka. Razif lelaki,zif tahu perasaan abang ikhmal pada yana,” kata Razif dengan panjang lebar.
“ Tapi abang ikhmal hanya anggap yana macam adik dia je kan,” aku berkata dengan nada yang masih ditekankan.
Razif tersenyum sinis sebelum berkata,” Mustahil dia hanya anggap yana sebagai adik je, zif dapat baca dari pandangan dia pada yana. Dia tutup semua tu dengan cara ambik berat pasal yana,tapi zif tak buta lagi untuk tengok,”
Aku hanya mampu melihat Razif berlalu dengan 1001 perkara yang berada difikiranku.
End Flashback
“ Dah sampai bulan dah ke? Abang cakap pun yana buat bodo je,” kata Ikhmal dengan nada merajuk apabila melihat aku hanya berdiam diri. Aku hanya tersenyum apabila menyedari aku masih berada di tepi pantai bersama Ikhmal.
“ Mana ada…jom lah balik,yana ada buat pai epal pagi tadi,” aku bangun dari duduk sambil berdiri dihadapan ikhmal. Sebuah senyuman yang manis aku leparkan kepadanya
“ Abang tahu, auntie bagi tahu tadi,” kata ikhmal sambil menapak menghampiri kereta Lancer yang diparking dibelakang kami.
Aku mengikuti belakang ikhmal sambil memandang lelaki itu dari belakang. Tidak dinafikan ikhmal mempunyai satu pakej yang lengkap untuk seorang lelaki tetapi aku tidak pernah melihat mana-mana perempuan yang berdampingan dengannya. Setiap tutur kata lelaki itu yang tegas tapi lembut dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya.
“ Nie kenapa pandang abang macam nak telan je?” Tanya ikhmal apabila memusing ke belakang kerana merasakan dirinya di perhatikan.
“ Saje suka-suka,” aku menjawab sambil melangkah kedalam kereta.
Ikhmal hanya tersenyum nakal sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Jika difikirkan ikhmal hanya perlu berjalan ke pantai cherating kerana rumah mereka bukan jauh sangat dari situ tetapi kerana sikapnya yang tidak tahu berkira menyebabkan segala perkara dilakukan tanpa mempedulikan kerugian yang akan ditanggung.
__________________________________________________________________________________
“Makan banyak sikit Kal,auntie tengok makin kurus kamu nie,” kata Datin Munirah sambil mencedokkan bihun goring kedalam pinggan Ikmal.
“ Memang pun auntie, yana nie ha tak tolong jaga makan minum Kal. Kal makan ke tidak ke,bukan dia ambik peduli,” jawab Ikhmal sambil melemparkan senyuman nakal apabila melihat aku memandangnya tajam.
“ Hmm… kalau kamu nak yana tolong jaga makan minum,kamu kena lah masuk meminang barulah betul, kan bang kan,”
“ Uncle setuju sangat Kal,lagipun kamu kan dah dapat kerja dekat syarikat ayah kamu tu,” Datuk Ramlan mensetujui cadangan isterinya itu.
“ Tu pun kalau tuan punya badan setujulah uncle,auntie. Kalau tak setuju Kal takleh buat apa,” kata Ikhmal sambil menjeling wajah yang sudah memerah disebelahnya.
Datuk Ramlan dan Datin Munirah hanya mampu tersenyum apabila melihat wajah anak gadis mereka yang sudah memerah. Mereka tahu Liyana tidak akan menghampakan harapan mereka,tambahan pula Ikhmal Haikal amat rapat dengan keluarga mereka. Abang-abang Liyana juga mensetujui cadangan untuk menyatukan Liyana dengan Ikhmal.
“Ada,petang tadi masa Abang Ikhmal datang minum petang,segan adik mama ngan papa cakap gitu dekat depan Abang Ikhmal,” Liyana mula merungut sambil mencebik apabila teringat tentang gurauan mama dan papa petang tadi.
Abang Zulfakar tersenyum apabila kakak iparku,Kakak Shidah datang menghantar minuman kepada kami. Sudah hampir 3 tahun Abang Zulfakar dengan Kak Shidah berkahwin tapi hubungan aku dengan Abang Zulfakar tetap tak berubah. Dalam family,tinggal aku dengan Abang Alif je yang tak kawin lagi.
“ Bagus la macam tu,senang sikit kita nak suruh Kal masuk meminang. Lagipun adik dengan budak tu dah putuskan,”kata Abang Zulfakar tanpa bertapis. Dia merupakan satu-satunya didalam keluarga aku yang tahu aku ada boyfriend dekat kolej dan dialah orang pertama yang aku telefon lepas aku putus dengan Razif.
“ Dah la jangan sebut lagi pasal tu. Sakit hati bila ingat balik,” aku membalas dengan membuat muka tak puas hati. Abang Zulfakar dan Kak Shidah hanya tersenyum melihat gelagat aku.
_____________________________________________________________________________________
Dirumah Ikhmal
“ Kal, macam mana setuju tak dengan rancangan mama ngan auntie?” Tanya Datin Ashikin ketika mereka sekeluarga sedang menonton di bilik rehat.
“ Kal tak kisah ibu,tapi Yana setuju ke. Kal bukan apa,nanti kalau Kal yang beria tapi Yana tak setuju pun,” kata Ikhmal sambil menjelingkan mata kepada adik keduanya,Adib yang melempar senyuman sinis kepadanya.
“ Kalau Abang Kal tak nak, Adib ada nak jadi pengganti,lagipun Adib dengan Yana tu pun sama umurkan,” kata Adib sambil menjauhkan diri apabila melihat abangnya melemparkan pandangan tidak puas hati.
“ Adib,behave yourself. Kamu tu kan dah ada tunang,jangan nak menggatal pulak,” tegur Datin Ashikin kepada anak keduanya itu
Adib hanya tersenyum apabila ditegur oleh ibunya. Ketika mereka sedang berborak ,kedengaran pintu hadapan dibuka dari luar. Masuk Datuk Fadley sambil menjinjit briefcase . Datin Ashikin bangun menuju kearah suaminya dan menyalaminya.
“ Awal abang balik hari nie?” Tanya Datin Ashikin sambil mengambil briefcase yang dibawa oleh suaminya.
“Ermmm…tadi klien yang abang cakap tu cancel nak jumpa abang sebab isteri dia nak bersalin,” kata Datuk Fadley melabuhkan diri disebelah Ikhmal.
Datin Ashikin membawa briefcase suaminya kebilik kerja sebelum menuju ke dapu untuk menyediakan minuman. Datuk Fadley santai bersembang dengan anak-anaknya bertanya tentang perkembangan mereka. Ikhmal menceritakan tentang perkembangan syarikat mereka di Kuala Lumpur manakala Adib menyatakan tentang pembelajarannya yang telah memasuki tahun akhir.
___________________________________________________
Di rumah Liyana
“ Hello,assalamualaikum abang,” aku memberi salam apabila panggilan sebelah sana diangkat.
“ Waalaikumsalam Yana. Nie kenapa tiba-tiba call abang tengah-tengah malam nie?” Tanya Ikhmal sambil merebahkan diri diatas katil.
Aku memuncung apabila mendengar pertanyaan Ikhmal,” Tak kan nak call bakal suami sendiri pun tak boleh. Kalau gitu malas lah nak call abang dah,”
Ikhmal dihujung sana kedengaran gembira apabila aku menyebut perkataan ‘bakal suami’ sebentar tadi. Hati mana yang tidak gembira apabila pinangan yang dihantar diterima dengan hati yang terbuka. Baru aku sedari bahawa selama ini bukan Razif yang aku cintai tetapi Ikhmal.
“ Bukan tak boleh,tapi bagi upah la sayang,” kata Ikhmal mengusik kerana dia tahu aku mudah blushing apabila dia menyebut perkataan ‘sayang’.
“Ermm…abang nak upah apa?” aku sengaja melayan usikan Ikhmal kerana aku tahu dia tidak pernah melampaui batas-batas agama.
“ Abang nak Yana buatkan dekat abang pai epal dengan penuh rasa cinta,boleh?” Tanya Ikhmal
Aku hanya tersenyum mendengar mendengar permintaan Ikhmal. Entah mengapa dari dulu dia amat menyukai pai epal yang aku buat. Malah ketika kali pertama aku membuat pai epal,dia merupakan orang pertama yang mencubanya.
“ Abang suka sangat dengan pai epal yang Yana buat,padahal ibu selalu je buat pai epal dekat rumah tu,” aku memang memanggil emak Ikhmal ‘ibu’ kerana ibu yang menyuruhnya.
“ Ala,ibu buat selalu dah abang makan. Abang nak makan pai epal yang Yana buat,bukan senang nak rasa pai epal yang Yana buat,” suara Ikhmal kedengaran menjauh
“ Yelah,nanti Yana buat pai epal untuk abang. Nanti masa kawin pun Yana balas dulang abang dengan pai epal ye,” aku memujuk Ikhmal sambil bergurau
“ Boleh-boleh,nanti dulang abang tu,abang suruh ibu letak epal ye,” Ikhmal menjawab dengan nada bersungguh-sungguh
Kami berdua bersembang sehingga kedengaran suara ibu disebelah sana menyuruh Ikhmal tidur. Kami ketawa apabila mendengar suara ibu. Perbualan berpanjangan sehingga jam menunjukkan pukul 2 pagi,bertapa manisnya saat yang kami jalani salami ini,Cuma aku sahaja yang buta untuk mengesannya.
_____________________________________________________________________
Ternyata Ikhmal mengotakan kata-katanya apabila salah satu dulang hantaran yang diberi merupakan sebakul epal yang disusun membentuk hati. Pagi itu dengan sekali lafaz aku selamat menjadi isteri kepada Ikhmal Haikal Datuk Fadley. Razif turut hadir ke kenduri kawin kami bagi mengucapkan tahniah,dia kelihatan kecewa apabila aku mengkhabarkan aku akan berkahwin dengan Ikhmal.
“ Ibu tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran Kal masa tu,tiba-tiba je dia suruh ibu buat salah satu dulang tu ada buah epal,” kata ibu ketika kami sekeluarga sedang berkumpul diruang tamu rumah mama.
“Awak jangan kata Kal je Cik Syikin,nie menantu awak nie ,tiba-tiba je malam sebelum akad nikah turun dapur buat pai epal untuk letak dalam dulang hantaran katanya,” mama pula menyampuk sambil menjeling kepada aku dan Ikhmal.
Adib,ayah dan papa hanya ketawa mendengar rungutan ibu dan mama. Sudah banyak tetamu yang bertanya mengapa di dalam dulang hantaran mempunyai pai epal dan buah epal. Aku dan Ikhmal hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan itu. Biarlah hanya kami berdua yang tahu..opss..bukan dua tapi tiga sebab Adib terdengar perbualan aku dan Ikhmal pada malam itu.
Sesungguhnya pai epal tidak akan dapat dibuat tanpa adanya epal. Samalah seperti aku dan Ikhmal yang tidak dapat hidup tanpa cinta dalam diri kami. Pai epal merupakan tanda cinta kami.
1 comment:
Tahniah untuk sebuah cerpen yang menarik.
Terima kasih sudi mengambil bahagian dalam peraduan ini. (^_^)
Post a Comment