“ Hai
Isha,sorang je ke, Zara mana?” Tanya satu suara ketika Misha sedang melepak di
wakaf sambil menunggu Zara.
“ Eh,abang Arin... Zara ada kelas
tambahan,Isha tengah tunggu dialah nie. Abang takde kelas?” Misha terkejut
melihat kemunculan Fazrin ketika dia sedang berehat di wakaf berhampiran kelas
Zara.
“Oh,nie kira Isha tunggu Zara lah
nie?”Fazrin tersenyum apabila melihat keletah Misha yang tidak senang duduk
apabila dia menghaampiri.
Misha hanya menganggukkan kepala bagi
menjawab pertanyaan Fazrin sebentar tadi. Lidahnya mudah kelu apabila bercakap
dengan Fazrin,tambahan pula Fazrin antara pelajar terbaik disekolah. Perbualan
yang mulanya kekok mula menjadi rancak kerana Fazrin pandai untuk menghilangkan
perasaan itu. Mereka berdua rancak berborak hingga tidak menyedari kelibat
seseorang sedang memerhatikan mereka berdua. Fahmi mengepal penumbuk apabila
melihat Misha riang berada disamping Fazrin.
“ Aku akan pastikan kau ada jauh dari
Misha untuk selama-lamanya,”bisik hati Fahmi sebelum berlalu dari situ. Sakit
hatinya melihat hubungan rapat Misha dengan Fazrin.
Apabila melihat Zara baru sahaja keluar
dari kelas,Misha pun meminta diri untuk pulang “Isha balik dulu ye abang Arin,lagipun
hari macam nak hujan nie,”
Zara tersenyum lebar apabila melihat
Fazrin sedang menemani Misha. Gembira hatinya melihat Misha tidak kekok
disamping Fazrin. Dia menyiku Misha yang berada disisinya,meminta penjelasan
bagaimana Fazrin boleh berada disitu. Misha hanya membalas dengan jelingan
tajam.
“Kalau macam tu takpelah,lain kali kita
borak lagi ye,” Fazrin tersenyum melihat gelagat dua orang sahabat itu. Gelagat
mereka yang seolah-olah kanak-kanak kecil itu membuuatkan Fazrin tidak kekok
dengan mereka
Misha dan Zara pun berpaling untuk menuju
ke pintu pagar utama. Langkah mereka terhenti apabila mendengar Fazrin
memanggil Misha. Hati Misha seolah-olah dapat meneka soalan yang akan keluar
dari mulut Fazrin. Perlahan-lahan dia berpaling kearah Fazrin
“Isha,pasal abang cakap hari tu… isha dah
buat keputusan ke? Abang tak kisah kalau Isha menolak,lagipun….”
“Isha terima abang seadanya,”Misha menjawab
sebelum Fazrin sempat menghabiskan kata-katanya. Hatinya seperti hendak pecah
apabila mencerna kembali kata-kata yang keluar dari mulutnya.
“Betul ke nie?” Fazrin terkejut mendengar
jawapan Misha begitu juga Zara. Dia seolah-olah tidak percaya Misha yang
mengucapkan kata-kata itu.
Misha
menganggukkan kepalanya perlahan setelah mencerna kembali apa yang dikatakan sebentar
tadi. Fazrin dan Zara tersenyum,senyuman Fazrin kerana gembira manakala
senyuman Zara kerana bersyukur. Misha menyambung kembali langkahnya bagi menyembunyikan
mukanya yang membahang akibat malu. Zara mengejar langkah Misha sambil mengusik
sahabatnya itu.
Farin melompat kegembiraan apabila
mendengar jawapan Misha. Dia merasakan hari ini merupakan hari
yang paling
bahagia dalam hidupnya. Azhar yang melihat gelagat temannya itu mengerutkan
dahinya.
“ Weh bro,engkau baru lepas menang toto
ke?”
Fazrin terkejut dengan suara Azhar yang
menyergahnya,” Agak-agaklah bro . Aku tak main toto
nie,haram,”
“Dah tu,kenapa happy sangat?”
“Isha terima aku bro. Ya
Allah,bersyukurnya,” Azhar yang mendengar kata-kata Fazrin hanya menumpang
kegembiraan sahabatnya itu.
___________________________________
“Rapat
hubungan kau dengan Fazrin ye Isha,” perli Fahmi ketika dia dan Misha berehat
selepas latihan pada malam itu.
“ Eh,kau tak tahu lagi ke yang abang Arin
tu dah jadi bf aku,” kata Misha
sambil meneguk air mineral ditangannya. Bukan dia tidak nampak jelingan mata
Fahmi yang tajam menikamnya saat ini.
Fahmi terus berlalu apabila melihat Misha
seperti ingin menceritakan tentang ‘kenangan manis’ dia dan Fazrin. Hatinya
mulai tekad untuk menghapuskan Fazrin dari pandangan mata Misha untuk
selama-lamanya. Sepatutnya dia yang berada didalam hati Misha saat ini,tetapi
kerana kebodohannya yang terlalu mementingkan status akhirnya memakan dirinya
sendiri.
“ Kecewa ke dapat tahu adik aku tu ada
pelindung yang lagi bagus dari kau,” kedengaran satu suara sinis dari sebelah
kirinya. Kelihatan Muaz sedang elok bersandar di dinding sambil tersenyum sinis
kepada Fahmi.
“ Aku akan pastikan Isha milik aku,bukan
milik Fazrin tu,” kata Fahmi sambil suara ditekankan. Matanya dijeling kepada
Muaz dengan pandangan yang menyampah.
“ Weh budak,kau ingat aku akan
senang-senang nak bagi Isha dekat kau. Kalau kau nak,langkah mayat aku dulu.
Selagi aku masih hidup,jangan harap kau dapat miliki Isha,faham!” tegas
Muaz,sepontan tangannya menolak tubuh Fahmi. Tindakannya seolah-olah mengajak
Fahmi untuk bertarung.
Muaz membuka langkah apabila melihat
Fahmi bersedia untuk menyerangnya. Pertarungan di antara Muaz dan Fahmi
disaksikan oleh semua ahli taekwando pada malam itu. Hal itu berlarutan
sehinggalah Mizan datang untuk meleraikan pertarungan diantara Muaz dan Fahmi.
Misha meluru kearah Muaz apabila melihat darah yang mengalir dibibir abangnya
itu.
“ Engkau dah gila ke Fahmi,” jerit Misha
kepada Fahmi yang sedang teguh berdiri dihadapannya. Muaz memegang bahu adiknya
dan mengelengkan tanda menyuruh Misha diam.
Sambil mengelap darah yang mengalir di
bibirnya,Muaz berkata kepada Fahmi,” Aku akan pastikan kau tak kan dapat Isha
sambil bila-bila,ingat tu!” kenyataan Muaz itu mengejutkan Mizan dan Misha
tetapi tidak Fahmi.
________________________________________________
Beberapa bulan telah berlalu,kini mereka
telah selamat menjalani peperiksaan besar dan hubungan Misha serta Fazrin mula
berkembang sepeti kembangnya bunga sakura meskipun mendapat tentangan dari mama
Fazrin yang terlalu mementingkan darjat. Keputusan SPM akan diumumkan esok ,STPM
telah diumumkan dua minggu lalu dan Fazrin lulus dengan cemerlang.
Hati Fazrin berasa seperti ada sesuatu yang
tidak kena. Pantas dia mengambil Galaxy Tabnya dan mendail nombor Misha,”
Assamualaikum Isha,”
“ Waalaikumsalam,nie bukan Isha nie abang
dia Muaz. Boleh saya tahu sape nie yek?” Muaz menjawab panggilan Misha
,kebetulan ketika itu telefon Misha berada ditangannya kerana dia ingin
menelefon makcu mereka di kampung.
“ Oh..ermm…saya Fazrin,boleh saya bercakap
dengan Misha,itupun kalau dia adalah,” Fazrin di hujung talian mulai resah
apabila mengetahui Muaz yang menjawab panggilannya. Misha pernah bercerita
serba sedikit tentang Muaz kepada Fazrin.
“ Isha takde dia keluar sekejap,kejap lagi
dia balik lah tu,” Muaz tersenyum apabila mengetahui pemilik suara ini adalah
orang yang pernah disebut oleh Fahmi awal tahun lepas. Sudah lama dia mencari
maklumat tentang Fazrin tetapi tidak banyak yang dia tahu. Misha juga enggan
untuk menceritakan tentang Fazrin sepenuhnya
“Kalau gitu takpelah nanti….”
“ Ehhh,tak payah lah nak letak. Aku ada
something nak tanya nie?” Muaz memotong kata-kata Fazrin dan gaya percakapannya
juga bertukar kepada gaya santai.
“Ermm…ada apa yek, aku ada buat salah ke?”
Fazrin mula mengikut rentak Muaz.
“ Macam nie,aku nak tanya,kau nie
betul-betul serius dengan adik aku atau kau main-main je? Yelah aku sebagai
abang dia mestilah risau, mana tahu kau main-mainkan,”
“ Aku serius dengan Isha, selama nie pun dia
banyak bagi semangat dekat aku. Tapi biasalah
ada je halangan yang tak dapat dielakkan. Isha ada cerita pasal
penerimaan mama aku dekat kau?” tanya Fazrin kepada Muaz
“ Oh,cerita yang papa dengan adik bongsu
kau Fina dapat terima Isha tapi bukan mama kau tu,”
“Yap,aku nak sangat mama tahu yang Isha
bukan gadis mata duitan tapi mama tetap degil. Even papa dengan Fina pun boleh
terima Isha tapi bukan mama,” hati Fazrin mulai sebak apabila mengingatkan tentang
bertapa bencinya mamanya kepada Misha.
“Insyallah suatu hari nanti aku percaya yang
mama kau akan terima Isha dalam hidup dia. Aku harap kau banyak-banyaklah
bersabar,” Muaz memberi nasihat kepada Fazrin.
“ Ermmm….tapi kalau umur aku tak panjang,aku
nak kau janji sesuatu dengan aku,” kata-kata Fazrin mula bertukar serius.
“ Eh..kau jangan cakap macam tu,seram sejuk
aku,” Muaz mula rasa tidak sedap hati dengan kata Fazrin. Kata-kata itu sama
seperti ketika arwah Lina iaitu salah seorang sepupu yang meninggal seminggu
yang lalu. Arwah seperti tahu-tahu yang ajalnya akan tiba dan berpesan kepada
Muaz untuk menjaga keluarganya.
“ Kita tak tahu bila ajal kita Muaz,tapi
aku nak kau janji dengan aku. Pastikan yang adik kau akan jadi salah seorang
dari ahli keluarga aku dengan kata lain dia kena kawin dengan adik aku yang
dekat London sekarang nie,”
“ Ehh,kau adik lagi ke? Aku ingat Fina je
adik engkau. Tapi Rin aku takleh janji,sebab aku bukan ahli keluarga kau,” Muaz
terkejut mendengar Fazrin mempunyai adik yang lain selain Fina.
“ Ada, dia sama umur dengan aku sekarang
nie. Pasal janji tu engkau tak payah risau,aku dah cakap dengan Fina. Aku nak
kau dengan Fina pegang janji tu,nie amanat aku pada kau dengan Fina.
Pandai-pandailah kau dengan Fina cari jalan nanti,” Fazrin memberi kata-kata
penamat kepada Muaz,” Oh ye,pesan dekat Isha esok aku datang tengok dia ambik
result. Assalamualaikum,”
“ Waalaikumsalam,” setelah pangggilan
ditamatkan,Muaz meraup mukanya. Dia berasa seolah-olah ada beban berat yang
tertanggung dibahunya. Amanat Fazrin seperti ajalnya akan tiba pada keesokan
harinya.
Muaz termenung sehingga tidak menyedari
Misha telah pulang ke rumah. Misha hanya tertawa kecil apabila melihat gelagat
angahnya yang jauh termenung hingga tidak menyedari kehadirannya.
“ Cuba bayangkan acara perkahwinan Abang Az
dengan Kak Ina disambut dengan meriah. Bunyi kompang kedengaran, Kak Ina anggun
dengan baju pengantin. Bayangkan,” Misha
berbisik ditelinga Muaz.
Muaz tersentak apabila mendengar bisikan
ditelinganya,kemudian kedengaran satu suara yang ketawa galak disisinya. Dia
mengetap bibirnya apabila melihat Misha telah terguling di atas permaidani
sambil menekan perut akibat terlalu banyak ketawa.
“ Oh…kenakan Angah ye. Meh sini angah nak
tengok sikit jauh mana Isha boleh lari dari angah,” kata Muaz sambil melompat
kearah balik sana sofa apabila melihat Misha mula mengorak langkah untuk lari.
Riuh rumah Encik Zaquan pada pagi itu
apabila Muaz dan Misha bermain lari-lari didalam rumah. Encik Zaquan hanya
mampu ketawa melihat gelagat anak-anaknya tanpa membantu. Keadaan menjadi
bertambah riuh apabila Mizan masuk campur didalam pergelutan ini.
__________________________________
Misha menunggu dihadapan sekolah sambil
melihat jam.setelah beberapa lama menunggu dia mengeluarkan N78 dan mendail
nombor Zara.
“ Hello,zara kau dekat mana?”rengek Misha
apabila Zara menyambut panggilannya
“Isha…aku dah nak sampai dah nie,sabar
kejap je ye honey,”jawab Zara sambil menahan ketawa dibelakang Misha. Dia
sengaja ingin menyakat Misha,sebentar tadi dia datang dengan kakak sepupunya
tetapi Misha tidak menyedarinya akibat terlalu asyik memandang kearah jalan.
Perlahan-lahan Zara menghampiri Misha yang gelisah dihadapan pintu masuk
utama. Fahmi yang baru tiba juga menahan ketawa apabila Zara mengisyaratkan
agar dia mendiamkan diri. Zara memeluk Misha dari belakang sehingga menyebabkan
Misha menjerit. Dia memukul Zara kerana menyakatnya.
Mereka bertiga bergerak kedalam sekolah
untuk mengambil keputusan SPM. Debaran didalam dada tiada siapa yang tahu.
________________________________________
“ Jom abang belanja korang makan sempena
kejayaan korang semua,” kata Fazrin ketika mereka keluar dari kawasan sekolah.
Mereka semua mengikut Fazrin kecuali Fahmi,dia memberi alasan bahawa ada kerja
yang perlu dilakukan.
Mereka bergerak ke Bandar selepas Misha menelefon
Muaz untuk menyertai mereka atas permintaan Fazrin. Mereka bergerak selepas
Muaz berjanji untuk berjumpa dihadapan Kenny’s Rogers Rooster. Mereka semua
gembira tanpa mengetahui bala yang akan berlaku.
Betul kata orang tua-tua,jangan terlalu
gembira kerana kita akan menangis. Zara menarik Misha untuk pergi kearah butik
yang terdapat diseberang jalan. Ketika Fazrin dan Muaz ingin melintas,datang
sebuah kereta yang dipandu laju lalu melanggar Fazrin yang berada di tepi
jalan. Kejadian yang berlaku menyebabkan nyawa Fazrin melayang.
______________________________________________________
“ Ini semua salah engkau perempuan,engkau
memang bawa sial
“ Sudahlah Ana,bukan salah Isha. Dah takdir
Fazrin tinggalkan kita macam nie,”
Misha menangis teresak-esak dipelukan Fina.
Dia tahu jika mereka semua tidak pergi ke butik itu sudah tentu Fazrin masih
hidup sekarang ini. Hati Misha telah tertanam dengan tekad bahawa kematian
Fazrin adalah disebabkan oleh dia. Fahmi yang melihat dari jauh berasa sedih
kerana membuatkan orang yang dia sayang bersedih tetapi dia melakukan semua itu
kerana cinta. Demi mendapatkan hati Misha,dia terpaksa menghapuskan Fazrin
untuk selama-lamanya.