Pada hari karnival
” Kamal,tolong hantar kotak nie dekat gerai
hujung tu ye,” Emelda memberi arahan kepada salah seorang ahli jawatan kuasa
karnival.
Emelda mengeluh sambil mengesat peluh yang
didahinya dengan sapu tangan. Musim kemarau yang melanda menyebabkan panas pada
waktu pagi. Jika tidak memikirkan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak
kolej,sudah lama dia melepak didalam bilik kuliah sementara menunggu gerai
dibuka.
Perlahan-lahan Emelda berjalan kearah sebuah
kereta Harrier apabila kereta itu berhenti beberapa meter dihadapannya. Dia
melemparkan senyuman kepada seseorang yang baru turun dari kereta itu.
”Assalamualaikum,” sapa suara itu lembut.
”Waalaikumsalam,awal sampai Linda. Takde
kelas ke?” tanya Emelda. Dia memeluk tubuh itu. Terpegun rasanya melihat
kecantikan dan keayuan gadis bertudung ini.
Linda tersenyum mendengar pertanyaan
Emelda. Dia sengaja datang awal bagi mengelakkan Iskandar tahu kedatangannya.
Sebelum bertolak,Emelda telah memberi tahu yang Iskandar tiada di tapak
karnival kerana menguruskan pembelian barang.
”Saja datang awal. Lagipun hari nie tak ada
kelas,so Linda datang lah sini,”
Di shopping
complex
”Weh! Aku rasa tak sedap hatilah,”kata
Iskandar. Kotak di tangannya diletakkan di atas kerusi.
”Apa pasal pulak? Tadi OK je,” tanya Adam.
Dia melabuhkan diri disebelah sahabatnya itu. Suasana shopping complex yang
lenggang kerana baru setengah kedai yang dibuka mengamit pandangannya.
” Entah,rasa macam nak jumpa seseorang je.
Tapi aku tak tahu sapa?” Iskandar memegang dada sebelah kirinya,merasa paluan
jantungnya yng luar biasa debarnya.
”Insyaallah,takde apa tu. Perasaan engkau je
tu. Dah jom balik kolej,karang mengamuk pulak Miss Miza,” Adam memberi
semangat,kotak ditepinya diangkat dan dia memulakan langkah.
Iskandar hanya mengikut langkah Adam.
Hatinya masih merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku bukan kepada
dirinya tetapi kepada Emelda. Mama pernah memberitahu bahawa pasangan kembar
akan mempunyai satu keistimewaan dalam diri masing-masing walaupun sikap mereka
berbeza dan keistimewaan yang diperolehi oleh Iskandar dari kecil dia dapat
merasakan setiap perkara yang buruk yang akan terjadi kepada Emelda.
__________________________________________________________
Suasana karnival mula meriah dengan
kedatangan ramai pengunjung dari dalam dan
luar Universiti. Razif kelihatan sedang bermain roda impian di salah sebuah
gerai sambil ditemani oleh Emelda. Pertemuan Iskandar dan Linda pada mulanya
senyap sunyi kerana masing-masing mengambil inisiatif untuk berdiam diri tetapi
alhamdulillah selepas ditinggalkan berdua,mereka mula kelihatan mesra.
Emelda pada mulanya ingin menemani
pasangan itu tetapi Razif telah menariknya pergi bagi memberi peluang kepada
pasangan tersebut. Walaupun keberatan tetapi Emelda akur bagi memastikan
hubungan Iskandar dan Linda tidak terputus ditengah jalan. Ketika sedang ralit
bermain,kelihatan bayang Adam bersama seorang perempuan. Pada mulanya dia berpendapat
bahawa mungkin dia tersalah pandang tetapi apabila Razif menyatakan perkara
yang sama dia terus berjalan kearah itu.
”Adam?” Emelda memanggil nama itu perlahan.
Bertapa terkejutnya Emelda apabila melihat pasangan itu sedang berpelukan di
tempat yang sedikit terpencil.
Adam yang melihat Emelda sedang berdiri
dibelakangnya terus melepaskan pelukan perempuan tersebut. Wajah Adam ketika
itu seperti orang yang melakukan kesalahan. Emelda terus berlari apabila
melihat wajah perempuan yang berada didalam pelukan Adam sebentar tadi.
Ketika berlari,Emelda terlanggar seseorang
sehingga dia jatuh tersungkur. Kala itu dia tidak berdaya untuk bangun lagi
,hanya air mata yang turun bagi melampiaskan segala perasaannya kala ini. Tiba-tiba ada tangan yang memaksa Emelda
bangun. Ketika mengangkat kepala,wajah Iskandar yang pertama menyapa
penglihatannya. Emelda terus memeluk Iskandar dan melepaskan segala tangisannya
didada Iskandar.
“Mel,kenapa nie? Cerita dengan Is,”suara
Iskandar kedengaran mendesak Emelda menceritakan sebab Emelda menangis.
“Is,kita bawa Emelda masuk bilik kuliah
dululah. Bagi dia tenang,” Linda memberi cadangan apabila melihat Emelda terus
hanyut didalam dunianya.
-------------------------------
p/s:sori pendek je..nnt saya smbung lg
No comments:
Post a Comment