Followers

Friday 19 October 2012

CKSD 04


  “Abang Arin..” tiba-tiba Misha bangun dah menjerit memanggil nama Fazrin. Apabila dia sedar sepenuhnya,rupa-rupanya dia sedang duduk di sofa biliknya.

 “Akak,akak tak apa-apa. Risau Fina bila mama cakap akak pengsan dalam pejabat papa,” wajah kerisauan jelas terpamer diwajah Fina. Aku cuba mengingat kembali kejadian sebentar tadi tetapi wajah Fazrin yang muncul tetapi yang pasti mata itu bukan Fazrin kerana lelaki itu merenung aku dengan pandangan yang tajam berbanding pandangan Fazrin yang lebih lembut.


 “Akak Nampak abang Arin tadi. Mungkin akak penat sangat kot,yelah banyak kerja kena siapkan minggu nie,” aku menekan pelipis sambil melemparkan senyuman kepada Fina.

  Fina melabuhkan diri disebelah Misha. Dia serba salah untuk memberitahu hal yang sebenar,tetapi jika tidak diberitahu dia bimbang Misha akan memarahinya. Ada rahsia yang dia simpan dari pengetahuan Misha sejak 8 tahun dulu dan cerita itu tidak pernah timbul sehinggalah lelaki itu pulang semula ke Malaysia selepas mengubat hatinya yang luka.

  “Akak,se..se..sebenarnya tadi me..memang akak ada jumpa lelaki yang sama muka dengan arwah tapi dia bukan arwah,” tergagap-gagap Fina memulakan mukadimah

 “Apa maksud Fina nie,akak tak faham,”

  “Lelaki tu abang kedua Fina,Sheikh Firash Ahmad Rayyan. Dia yang akak nampak dekat bilik papa tadi. Sorry akak sebab kami tak pernah cerita pasal abang Firash,” Fina menunduk selepas menjelaskan segalanya.

  Misha hanya diam seribu bahasa, dia menghadap Fina dan memeluk tubuh itu erat. Dia tahu yang keluarga ini tidak mahu menyatakan kebenaran kerana bimbang dia lebih terluka. Dalam hati,Misha telah bertekad datanglah seribu wajah seperti Fazrin,cintanya pada lelaki itu tidak akan berubah.
                                                           ******************************

  Ketika Misha sedang sibuk menyemak fail,muncul Rayyan dihadapan pejabatnya. Dia cuba untuk mengingatkan dirinya bahawa yang dihadapannya kini bukan Fazrin. Dari segi memang hampir seiras tetapi cara pembawakan diri mereka jauh berbeza.

  “Ada apa-apa yang Tuan Rayyan hendakkan ke sampai turun kesini?” Misha cuba memaniskan wajah apabila berhadapan lelaki itu.

 “Saje datang,saya nak tengok wajah yang pernah jadi kegilaan arwah. Saya sangkakan kamu nie banyak kelebihan tetapi rupa-rupanya serba kekurangan,” Rayyan dengan bangga mengutuk Misha tanpa memikirkan hati gadis itu.

  Misha hanya menahan rasa apabila mendengar kata-kata Rayyan. Mungkin bagi lelaki metrososial seperti Rayyan amat mementingkan rupa paras tetapi bagi arwah Fazrin akhlak dan maruah itu yang lebih penting. Mahu sahaja dia melempang lelaki ini, tetapi ditahan kerana lelaki ini merupakan ketuanya kini.

  “ Kalau Tuan hanya datang nak menyindir saya,rasanya Tuan tahukan pintu dekat mana?” Misha menghalau lelaki itu dengan cara yang terhormat. Bagaimanalah nasibnya sepanjang bekerja dengan lelaki tersebut.

  “If you say so,” Rayyan melangkah keluar dengan lagak selamba. Tiada lansung riak bersalah diwajahnya.

  Misha menyandarkan diri diatas kerusi,dia memandang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dengan bermacam rasa. Rupa Rayyan persis arwah Fazrin menyebabkan dia menjadi lebih teringatkan lelaki itu. Rindu rasanya ingin menatap mata redup itu. Hampir lapan tahun arwah Fazrin pergi dan tiada yang bisa menggantikan arwah Fazrin.

   “Akak,Fina ganggu ke?” suara Fina membuatkan Misha mengalihkan pandangannya.

  “Takdelah, come in dear,”Misha mempelawa Fina masuk. Sebelum melangkah ke meja Misha,Fina sempat menutup pintu bilik. Ada sesuatu yang ingin diperkatakan kepada Misha mengenai Rayyan.

  “Akak…Fina nak cakap something nie, tapi akak janji jangan marah tau,”

  “Cakap jelah,belum apa-apa Fina dah takut macam nie. Fina ada buat salah dengan akak ke tau Fina nak cepatkan perkahwinan dengan Farizal?” Misha ketawa kecil apabila mendengar suara Fina yang serba salah itu. Rasanya tiada apa yang mustahak kerana sepanjang bersama keluarga ini tiada apa yang pernah dirahsiakan. Tambahan pula Fina bakal menjadi sebahagian keluarga mereka apabila dia berkahwin dengan Farizal iaitu abang sepupu Misha.

  “Sebenarnya,mama,papa dengan abah nak kahwinkan akak dengan abang Firash,” suara Fina kedengaran sayup dipendengaran Misha. Dia merasakan seperti dunianya terhenti seketika. Masakan mereka tidak tahu yang dia hanya mencintai arwah Fazrin.

  Misha berdiri dan berjalan mundar mandir. Fikirannya tidak tenteram apabila mendengar apa  yang diperkatakan oleh Fina. Meskipun Tuan Rayyan mempunyai wajah persis arwah Fazrin tetapi jauh perbezaannya. Memanglah dia baru mengenali lelaki itu sehari tetapi sikap yang ditunjukkan sebentar tadi telah menunjukkan yang mereka tidak sesuai.

  “Fina tahukan yang akak sayang sangat dekat arwah. Akak tak akan menduakan cinta arwah semata-mata untuk penuhi keiginan mama dengan papa,even abah sekali pun,” Misha membentak.

  “Fina tahu kak,tapi nie juga permintaan arwah yang terakhir. Dia nak akak jadi sebahagian dari keluarga kami,” Fina cuba menenangkan Misha. Risau rasanya melihat keadaan Misha pada masa ini. Tambahan pula,dia risau kalau-kalau kemurungan Misha kembali lagi.

 “Tapi Fina..,” Misha tidak dapat menyambung kata-katanya. Lemah rasa seluruh sarafnya apabila arwah sendiri yang meminta dia menjadi sebahagian dari keluarga ini.

 “Akak fikirlah betul-betul. Jangan sebab cinta,akak abaikan permintaan arwah,” Fina meninggalkan Misha sendirian. Dia mahu Misha membuat keputusan dengan fikiran yang tenang tanpa paksaan.

  Misha merebahkan diri diatas sofa pejabat. Dia cuba untuk menenangkan dirinya yang sedang bercelaru pada saat ini. Terlalu banyak yang terjadi dalam masa sehari sehingga otaknya seakan tidak sangguo lagi menerima sebarang kejutan. Lelah rasanya selepas satu demi satu kejutan datang menimpa dirinya. Dia ingin meluahkan segala kekusutan itu tetapi pada siapa, arwah telah pergi meninggalkannya lapan tahun dulu. Zara pula berada diluar negara kerana membantu papanya menguruskan syarikat di Scotland. Dia tidak mungkin meluahkan kepada Fahmi kerana lelaki itu pernah mengharapkan cintanya dari bangku sekolah sehingga kini. Akhirnya Misha terlelap diatas sofa bersama masalah yang menggunung.

  “Suzana, Misha ada dekat dalam,” Rayyan berdiri dihadapan meja setiausaha Misha. Jika diperhatikan dari luar,bilik Misha kelihatan sunyi,kerana itu dia bertanya kepada Suzana.

  Suzana memandang lelaki dihadapannya kemudian menjeling jam dibelakang lelaki itu. Jarum pendek yang menunjukkan angka enam manakala jarum panjang pada angka dua belas menyebabkan dia serba salah ingin menjawab pertanyaan Rayyan. Tambahan pula keadaan pejabat ketika ini sudah mulai sepi kerana ramai yang sudah beransur pulang. Dia sendiri ingin balik dan tidak mungkin dia ingin membiarkan Rayyan serta Misha berduaan didalam bilik.

 “Awak tak payah risau,saya cuma nak jumpa dia sekejap. Awak pun boleh balik sekarang,” Rayyan membuat keputusan sendiri selepas tiada jawapan yang keluar dari mulut Suzana. Dia terus melangkah masuk tanpa mendengar sebarang ucapan dari Suzana.

  Ketika melangkah masuk,Rayyan melihat bilik Misha sunyi tanpa penghuni. Dia berkira untuk keluar tetapi ketika berpaling kelihatan sebujur tubuh sedang terbaring diatas sofa disudut pejabat. Rayyan melangkah mendekati Misha,dia duduk betul-betul dihadapan Misha dan memandang wajah gadis yang sedang tidur itu. Tidak dinafikan jantungnya berdetak kencang apabila pertama kali melihat wajah gadis ini tetapi dia sengaja memerli Misha kerana dia tahu cinta gadis ini hanya untuk Fazrin.

  Tangan Rayyan naik untuk mengusap wajah comel itu tetapi akalnya melarang. Dia cuba berperang dengan keinginan hatinya yang mahu membelai wajah gadis dihadapannya kini. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menelefon Fina. Selepas bercakap seketika dengan Fina,Rayyan mengangkat tubuh Misha yang kelelahan itu turun ke keretanya. Tidak sanggup dia melihat gadis ini tidur sendirian dipejabat.

________________

p/s: agak2 kemana Rayyan nak bawak Misha ek?

4 comments:

Anonymous said...

Best !!! :D

Unknown said...

CEPATLAH SAMBUNG YA TQ

Anonymous said...

Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wished to say that I have really enjoyed browsing26 your blog posts. In any case I'll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!…

Anonymous said...

Thank you for being our teacher on this subject matter. I enjoyed your own article quite definitely and most of all enjoyed the way in which you handled the aspect I widely known as controversial. You happen to be always quite kind towards readers like me and help me in my life. Thank you.