“Abang Arin..” tiba-tiba Misha bangun dah
menjerit memanggil nama Fazrin. Apabila dia sedar sepenuhnya,rupa-rupanya dia
sedang duduk di sofa biliknya.
“Akak,akak tak apa-apa. Risau Fina bila mama
cakap akak pengsan dalam pejabat papa,” wajah kerisauan jelas terpamer diwajah
Fina. Aku cuba mengingat kembali kejadian sebentar tadi tetapi wajah Fazrin
yang muncul tetapi yang pasti mata itu bukan Fazrin kerana lelaki itu merenung
aku dengan pandangan yang tajam berbanding pandangan Fazrin yang lebih lembut.
“Akak Nampak abang Arin tadi. Mungkin akak
penat sangat kot,yelah banyak kerja kena siapkan minggu nie,” aku menekan
pelipis sambil melemparkan senyuman kepada Fina.
Fina melabuhkan diri disebelah Misha. Dia
serba salah untuk memberitahu hal yang sebenar,tetapi jika tidak diberitahu dia
bimbang Misha akan memarahinya. Ada rahsia yang dia simpan dari pengetahuan
Misha sejak 8 tahun dulu dan cerita itu tidak pernah timbul sehinggalah lelaki
itu pulang semula ke Malaysia selepas mengubat hatinya yang luka.
“Akak,se..se..sebenarnya tadi me..memang akak
ada jumpa lelaki yang sama muka dengan arwah tapi dia bukan arwah,”
tergagap-gagap Fina memulakan mukadimah
“Apa maksud Fina nie,akak tak faham,”
“Lelaki tu abang kedua Fina,Sheikh Firash
Ahmad Rayyan. Dia yang akak nampak dekat bilik papa tadi. Sorry akak sebab kami
tak pernah cerita pasal abang Firash,” Fina menunduk selepas menjelaskan
segalanya.
Misha hanya diam seribu bahasa, dia menghadap
Fina dan memeluk tubuh itu erat. Dia tahu yang keluarga ini tidak mahu
menyatakan kebenaran kerana bimbang dia lebih terluka. Dalam hati,Misha telah
bertekad datanglah seribu wajah seperti Fazrin,cintanya pada lelaki itu tidak
akan berubah.
******************************
Ketika Misha sedang sibuk menyemak
fail,muncul Rayyan dihadapan pejabatnya. Dia cuba untuk mengingatkan dirinya
bahawa yang dihadapannya kini bukan Fazrin. Dari segi memang hampir seiras
tetapi cara pembawakan diri mereka jauh berbeza.
“Ada apa-apa yang Tuan Rayyan hendakkan ke
sampai turun kesini?” Misha cuba memaniskan wajah apabila berhadapan lelaki
itu.
“Saje datang,saya nak tengok wajah yang pernah
jadi kegilaan arwah. Saya sangkakan kamu nie banyak kelebihan tetapi
rupa-rupanya serba kekurangan,” Rayyan dengan bangga mengutuk Misha tanpa
memikirkan hati gadis itu.
Misha hanya menahan rasa apabila mendengar
kata-kata Rayyan. Mungkin bagi lelaki metrososial seperti Rayyan amat
mementingkan rupa paras tetapi bagi arwah Fazrin akhlak dan maruah itu yang
lebih penting. Mahu sahaja dia melempang lelaki ini, tetapi ditahan kerana
lelaki ini merupakan ketuanya kini.
“ Kalau Tuan hanya datang nak menyindir
saya,rasanya Tuan tahukan pintu dekat mana?” Misha menghalau lelaki itu dengan
cara yang terhormat. Bagaimanalah nasibnya sepanjang bekerja dengan lelaki
tersebut.
“If you say so,” Rayyan melangkah keluar
dengan lagak selamba. Tiada lansung riak bersalah diwajahnya.
Misha menyandarkan diri diatas kerusi,dia
memandang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dengan bermacam rasa. Rupa Rayyan
persis arwah Fazrin menyebabkan dia menjadi lebih teringatkan lelaki itu. Rindu
rasanya ingin menatap mata redup itu. Hampir lapan tahun arwah Fazrin pergi dan
tiada yang bisa menggantikan arwah Fazrin.
“Akak,Fina ganggu ke?” suara Fina membuatkan
Misha mengalihkan pandangannya.
“Takdelah, come in dear,”Misha mempelawa Fina
masuk. Sebelum melangkah ke meja Misha,Fina sempat menutup pintu bilik. Ada
sesuatu yang ingin diperkatakan kepada Misha mengenai Rayyan.
“Akak…Fina nak cakap something nie, tapi akak
janji jangan marah tau,”
“Cakap jelah,belum apa-apa Fina dah takut
macam nie. Fina ada buat salah dengan akak ke tau Fina nak cepatkan perkahwinan
dengan Farizal?” Misha ketawa kecil apabila mendengar suara Fina yang serba
salah itu. Rasanya tiada apa yang mustahak kerana sepanjang bersama keluarga
ini tiada apa yang pernah dirahsiakan. Tambahan pula Fina bakal menjadi sebahagian
keluarga mereka apabila dia berkahwin dengan Farizal iaitu abang sepupu Misha.
“Sebenarnya,mama,papa dengan abah nak
kahwinkan akak dengan abang Firash,” suara Fina kedengaran sayup dipendengaran
Misha. Dia merasakan seperti dunianya terhenti seketika. Masakan mereka tidak
tahu yang dia hanya mencintai arwah Fazrin.
Misha berdiri dan berjalan mundar mandir.
Fikirannya tidak tenteram apabila mendengar apa
yang diperkatakan oleh Fina. Meskipun Tuan Rayyan mempunyai wajah persis
arwah Fazrin tetapi jauh perbezaannya. Memanglah dia baru mengenali lelaki itu
sehari tetapi sikap yang ditunjukkan sebentar tadi telah menunjukkan yang
mereka tidak sesuai.
“Fina tahukan yang akak sayang sangat dekat
arwah. Akak tak akan menduakan cinta arwah semata-mata untuk penuhi keiginan
mama dengan papa,even abah sekali pun,” Misha membentak.
“Fina tahu kak,tapi nie juga permintaan arwah
yang terakhir. Dia nak akak jadi sebahagian dari keluarga kami,” Fina cuba
menenangkan Misha. Risau rasanya melihat keadaan Misha pada masa ini. Tambahan pula,dia
risau kalau-kalau kemurungan Misha kembali lagi.
“Tapi Fina..,” Misha tidak dapat menyambung
kata-katanya. Lemah rasa seluruh sarafnya apabila arwah sendiri yang meminta
dia menjadi sebahagian dari keluarga ini.
“Akak fikirlah betul-betul. Jangan sebab
cinta,akak abaikan permintaan arwah,” Fina meninggalkan Misha sendirian. Dia
mahu Misha membuat keputusan dengan fikiran yang tenang tanpa paksaan.
Misha merebahkan diri diatas sofa pejabat.
Dia cuba untuk menenangkan dirinya yang sedang bercelaru pada saat ini. Terlalu
banyak yang terjadi dalam masa sehari sehingga otaknya seakan tidak sangguo
lagi menerima sebarang kejutan. Lelah rasanya selepas satu demi satu kejutan
datang menimpa dirinya. Dia ingin meluahkan segala kekusutan itu tetapi pada
siapa, arwah telah pergi meninggalkannya lapan tahun dulu. Zara pula berada
diluar negara kerana membantu papanya menguruskan syarikat di Scotland. Dia
tidak mungkin meluahkan kepada Fahmi kerana lelaki itu pernah mengharapkan cintanya
dari bangku sekolah sehingga kini. Akhirnya Misha terlelap diatas sofa bersama
masalah yang menggunung.
“Suzana, Misha ada dekat dalam,” Rayyan
berdiri dihadapan meja setiausaha Misha. Jika diperhatikan dari luar,bilik
Misha kelihatan sunyi,kerana itu dia bertanya kepada Suzana.
Suzana memandang lelaki dihadapannya kemudian
menjeling jam dibelakang lelaki itu. Jarum pendek yang menunjukkan angka enam
manakala jarum panjang pada angka dua belas menyebabkan dia serba salah ingin
menjawab pertanyaan Rayyan. Tambahan pula keadaan pejabat ketika ini sudah
mulai sepi kerana ramai yang sudah beransur pulang. Dia sendiri ingin balik dan
tidak mungkin dia ingin membiarkan Rayyan serta Misha berduaan didalam bilik.
“Awak tak payah risau,saya cuma nak jumpa dia
sekejap. Awak pun boleh balik sekarang,” Rayyan membuat keputusan sendiri
selepas tiada jawapan yang keluar dari mulut Suzana. Dia terus melangkah masuk
tanpa mendengar sebarang ucapan dari Suzana.
Ketika
melangkah masuk,Rayyan melihat bilik Misha sunyi tanpa penghuni. Dia berkira
untuk keluar tetapi ketika berpaling kelihatan sebujur tubuh sedang terbaring
diatas sofa disudut pejabat. Rayyan melangkah mendekati Misha,dia duduk
betul-betul dihadapan Misha dan memandang wajah gadis yang sedang tidur itu.
Tidak dinafikan jantungnya berdetak kencang apabila pertama kali melihat wajah
gadis ini tetapi dia sengaja memerli Misha kerana dia tahu cinta gadis ini
hanya untuk Fazrin.
Tangan Rayyan naik untuk mengusap wajah comel
itu tetapi akalnya melarang. Dia cuba berperang dengan keinginan hatinya yang
mahu membelai wajah gadis dihadapannya kini. Akhirnya dia membuat keputusan
untuk menelefon Fina. Selepas bercakap seketika dengan Fina,Rayyan mengangkat
tubuh Misha yang kelelahan itu turun ke keretanya. Tidak sanggup dia melihat
gadis ini tidur sendirian dipejabat.
________________
p/s: agak2 kemana Rayyan nak bawak Misha ek?
4 comments:
Best !!! :D
CEPATLAH SAMBUNG YA TQ
Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wished to say that I have really enjoyed browsing26 your blog posts. In any case I'll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!…
Thank you for being our teacher on this subject matter. I enjoyed your own article quite definitely and most of all enjoyed the way in which you handled the aspect I widely known as controversial. You happen to be always quite kind towards readers like me and help me in my life. Thank you.
Post a Comment