Followers

Friday 19 October 2012

cerpen "Kurungan Cinta" [iii]


  “Fakhri...kalau taknak bangun cakap jelah,jangan tarik i sekali,”aku meronta untuk melepaskan diri dari pelukkannya.

  “ Lambat lagilah sayang,you joinlah i. Bosan tido sorang-sorang nie,” Fakhri bersuara tetapi matanya masih terpejam. Geram aku dengan laki aku nie,dahlah tarik aku lepas tu boleh pulak dia mengarut pagi-pagi buta nie.


  “Jadi selama nie you tido berteman lah. Haih, nasib i lah dapat suami yang suka tido dengan bukan muhrim,” aku mengeluh. Tiba-tiba pelukkan di tubuhku terlepas dan Fakhri bangun sambil merenung aku tajam.

 “ You ingat i takde iman ke sampai nak tido dengan bukan muhrim,” suara Fakhri kedengaran serius tetapi hanya seketika kerana selepas itu dia kembali tersenyum. Pening aku dengan perangai dia nie,kejap ok,kejap tidak.

  “ Dah kenapa senyum pulak nie?”

    Senyuman dibibir Fakhri semakin melebar,aku yang tengok nie pun seram sejuk. Sebab apa, dari tadi mata dia pandang aku atas bawah dengan pandangan yang pelik. Ada apa-apa yang pelik ke pada aku? Aku memandang baju yang aku pakai dan baru aku sedar yang aku hanya memakai baju tidur paras lutut. Satu kesilapan yang nyata kerana selama ini bilik ini hanya dihuni oleh aku seorang.

  Sedang aku leka tangan Fakhri sudah berada dipinggang dan dia menarik aku kedalam pelukan. Aku terkaku sebentar,desah nafasnya dileher terasa hangat sehingga aku terbuai. Cium singgah disetiap inci wajah aku tanpa sebarang halangan dan bibirnya melekap dibibirku dalam tempoh masa yang lama. Buat pertama kalinya bibir aku dicium oleh seorang lelaki yang telah sah menjadi suamiku.

  “You know what sayang, i love you from the first time i saw you. Know one else in my dream except you and this moment was the moment that i always want. You and me alone and you in my hugs just like right now,” Fakhri mengusap wajah aku dan aku terbuai dengan kata-kata indah itu.

 “Kenapa dulu you selalu buat i marah?” aku bertanya perlahan.

  “Sebab i takut tak dapat tahan nafsu bila berhadapan dengan you. Sedangkan bila tengok you pun i dah terbayang-bayang dalam mimpi,nie kan pulak bila you berbaik dengan i,” dia ketawa kecil selepas itu. Mungkin teringat tentang keletah kami dulu,” Sebab tu bila nenda datang masuk meminang,i rasa macam nak melompat tapi i tahan. You adalah satu-satunya perempuan yang banyak membuatkan i rasa diri nie tak terkawal,”

 “Tapi you dah curi ‘first kiss’ i tadi,” aku memukul bahunya lembut.

 “No its not, i dah ambik ‘first kiss’ you dari dulu lagi,”

 “Bila?” aku membulatkan mata apabila mengeluarkan kenyataan itu. Rasanya baru hari ini aku dicium.
 “ Sayang ingat tak masa kita sesat dalam hutan dulu. Kan sayang tido,masa tulah i kiss you. I tak tahan sangat bila ada dekat dengan you. Itu pun puas i tahan diri dari buat yang bukan-bukan pada you,” kata Fakhri jujur. Wajahnya pada masa ini kelihatan serba salah kerana mengambil sesuatu tanpa kebenaran.

  “You jahat,sampai hati. Agaknya kalau you tak bukak cerita ,sampai sekarang i tak tahu,” aku membelakangi Fakhri tanda merajuk. Sengaja aku buat begitu kerana ingin melihat kesungguhan dia memujuk aku. Ternyata telahan aku benar apabila dia memeluk aku dari belakang.

 “ Sorry sayang,i tak sengaja,” suara itu kedengaran manja.

  Aku berpusing dan memeluk tubuh itu kejab. Bertapa aku menyayangi lelaki ini dengan sepenuh hati sampaikan aku tidak betah mendengar suara manjanya memujuk aku. Aku terasa seperti disihir oleh Fakhri sehingga aku tidak boleh berhenti mencintai dia. Pelukan aku dibalas mesra dan kami berkeadaan itu buat seketika.

 “Are you hate me sayang?” suara Fakhri kedengaran perlahan ditelingaku. Aku hanya mengelengkan tetapi selepas itu aku mengangguk pula.

  Fakhri menunjukkan wajah kebingungan apabila melihat jawapan yang aku berikan. Aku sendiri keliru dengan jawapan aku sebentar tadi. Entah mengapa aku boleh memberi jawapan sebegitu. Akal fikiranku menyuruhku menyatakan bahawa aku membencinya tetapi hati aku menyatakan sebaliknya. Sesungguhnya pemikiran aku bercanggah sangat ini.

  “Kenapa ada dua jawapan nie,sayang? Sayang benci abang ke tidak sebenarnya,”Fakhri melepaskan pelukan dan membiarkan mata kami berbicara seketika. Selepas beberapa saat,dia tersenyum sebelum mencium kedua pipiku
.
  “Kenapa abang senyum, sayang tak bagi jawapan lagi,” aku mulai binggung dengan keletah lelaki ini. Dalam beberapa saat moodnya boleh berubah bagaikan air laut yang menghempas pantai.

  “No more explanation, your eyes have tell me everything sayang,”jawab Fakhri ringkas dan aku hanya tersenyum apabila memahami bahasa matanya itu.

  Buat pertama kalinya Fahkhri mengimamkan solat kami berdua pada pagi yang hening ini. Hati aku memanjat kesyukuran kerana dikurniakan seorang lelaki yang dapat membimbing aku ke syurga nanti,insyaallah. Sesungguhnya lelaki yang bergelar suamiku ini merupakan seorang lelaki yang telah mendapat bimbingan yang cukup dari segi agama daripada keluarganya.

----------------------------

p/s: xhbis lg tau..akn ad konflik dlm rumahtangga Fakhri dan Qalisya

3 comments:

obat penyakit jantung said...

cerita yg cukup menarik buat saya..

obat penyakit jantung said...

cerita yg cukup menarik...

Anonymous said...

Bestnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!tapi kenapa rasa macam pendek he cerita ni