“Fakhri...kalau
taknak bangun cakap jelah,jangan tarik i sekali,”aku meronta untuk melepaskan
diri dari pelukkannya.
“ Lambat lagilah
sayang,you joinlah i. Bosan tido sorang-sorang nie,” Fakhri bersuara tetapi
matanya masih terpejam. Geram aku dengan laki aku nie,dahlah tarik aku lepas tu
boleh pulak dia mengarut pagi-pagi buta nie.
“Jadi selama nie you
tido berteman lah. Haih, nasib i lah dapat suami yang suka tido dengan bukan
muhrim,” aku mengeluh. Tiba-tiba pelukkan di tubuhku terlepas dan Fakhri bangun
sambil merenung aku tajam.
“ You ingat i takde
iman ke sampai nak tido dengan bukan muhrim,” suara Fakhri kedengaran serius
tetapi hanya seketika kerana selepas itu dia kembali tersenyum. Pening aku
dengan perangai dia nie,kejap ok,kejap tidak.
“ Dah kenapa senyum
pulak nie?”
Senyuman dibibir
Fakhri semakin melebar,aku yang tengok nie pun seram sejuk. Sebab apa, dari
tadi mata dia pandang aku atas bawah dengan pandangan yang pelik. Ada apa-apa
yang pelik ke pada aku? Aku memandang baju yang aku pakai dan baru aku sedar
yang aku hanya memakai baju tidur paras lutut. Satu kesilapan yang nyata kerana
selama ini bilik ini hanya dihuni oleh aku seorang.
Sedang aku leka tangan Fakhri sudah berada
dipinggang dan dia menarik aku kedalam pelukan. Aku terkaku sebentar,desah
nafasnya dileher terasa hangat sehingga aku terbuai. Cium singgah disetiap inci
wajah aku tanpa sebarang halangan dan bibirnya melekap dibibirku dalam tempoh
masa yang lama. Buat pertama kalinya bibir aku dicium oleh seorang lelaki yang
telah sah menjadi suamiku.
“You know what
sayang, i love you from the first time i saw you. Know one else in my dream
except you and this moment was the moment that i always want. You and me alone
and you in my hugs just like right now,” Fakhri mengusap wajah aku dan aku
terbuai dengan kata-kata indah itu.
“Kenapa dulu you
selalu buat i marah?” aku bertanya perlahan.
“Sebab i takut tak
dapat tahan nafsu bila berhadapan dengan you. Sedangkan bila tengok you pun i
dah terbayang-bayang dalam mimpi,nie kan pulak bila you berbaik dengan i,” dia
ketawa kecil selepas itu. Mungkin teringat tentang keletah kami dulu,” Sebab tu
bila nenda datang masuk meminang,i rasa macam nak melompat tapi i tahan. You
adalah satu-satunya perempuan yang banyak membuatkan i rasa diri nie tak
terkawal,”
“Tapi you dah curi
‘first kiss’ i tadi,” aku memukul bahunya lembut.
“No its not, i dah
ambik ‘first kiss’ you dari dulu lagi,”
“Bila?” aku
membulatkan mata apabila mengeluarkan kenyataan itu. Rasanya baru hari ini aku
dicium.
“ Sayang ingat tak
masa kita sesat dalam hutan dulu. Kan sayang tido,masa tulah i kiss you. I tak
tahan sangat bila ada dekat dengan you. Itu pun puas i tahan diri dari buat
yang bukan-bukan pada you,” kata Fakhri jujur. Wajahnya pada masa ini kelihatan
serba salah kerana mengambil sesuatu tanpa kebenaran.
“You jahat,sampai
hati. Agaknya kalau you tak bukak cerita ,sampai sekarang i tak tahu,” aku
membelakangi Fakhri tanda merajuk. Sengaja aku buat begitu kerana ingin melihat
kesungguhan dia memujuk aku. Ternyata telahan aku benar apabila dia memeluk aku
dari belakang.
“ Sorry sayang,i tak
sengaja,” suara itu kedengaran manja.
Aku berpusing dan
memeluk tubuh itu kejab. Bertapa aku menyayangi lelaki ini dengan sepenuh hati
sampaikan aku tidak betah mendengar suara manjanya memujuk aku. Aku terasa
seperti disihir oleh Fakhri sehingga aku tidak boleh berhenti mencintai dia.
Pelukan aku dibalas mesra dan kami berkeadaan itu buat seketika.
“Are you hate me
sayang?” suara Fakhri kedengaran perlahan ditelingaku. Aku hanya mengelengkan
tetapi selepas itu aku mengangguk pula.
Fakhri menunjukkan
wajah kebingungan apabila melihat jawapan yang aku berikan. Aku sendiri keliru
dengan jawapan aku sebentar tadi. Entah mengapa aku boleh memberi jawapan sebegitu.
Akal fikiranku menyuruhku menyatakan bahawa aku membencinya tetapi hati aku
menyatakan sebaliknya. Sesungguhnya pemikiran aku bercanggah sangat ini.
“Kenapa ada dua
jawapan nie,sayang? Sayang benci abang ke tidak sebenarnya,”Fakhri melepaskan
pelukan dan membiarkan mata kami berbicara seketika. Selepas beberapa saat,dia
tersenyum sebelum mencium kedua pipiku
.
“Kenapa abang
senyum, sayang tak bagi jawapan lagi,” aku mulai binggung dengan keletah lelaki
ini. Dalam beberapa saat moodnya boleh berubah bagaikan air laut yang
menghempas pantai.
“No more
explanation, your eyes have tell me everything sayang,”jawab Fakhri ringkas dan
aku hanya tersenyum apabila memahami bahasa matanya itu.
Buat pertama kalinya
Fahkhri mengimamkan solat kami berdua pada pagi yang hening ini. Hati aku
memanjat kesyukuran kerana dikurniakan seorang lelaki yang dapat membimbing aku
ke syurga nanti,insyaallah. Sesungguhnya lelaki yang bergelar suamiku ini merupakan
seorang lelaki yang telah mendapat bimbingan yang cukup dari segi agama
daripada keluarganya.
----------------------------
p/s: xhbis lg tau..akn ad konflik dlm rumahtangga Fakhri dan Qalisya
3 comments:
cerita yg cukup menarik buat saya..
cerita yg cukup menarik...
Bestnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!tapi kenapa rasa macam pendek he cerita ni
Post a Comment