Followers

Sunday 4 December 2011

H.A.C.K.S Bab 01




Emelda melihat penampilan dirinya didalam cermin sebelum turun kebawah menyertai ahli keluarganya yang lain bersarapan.Dia harus memastikan penampilannya nampak kemas dan cantik kerana hari ini merupakan hari pertama pembelajarannya di Uitm, Shah Alam setelah hampir 1 bulan dia bercuti.

Emelda turun menyertai ahli keluarganya yang lain setelah yakin dengan penampilannya itu. Di meja makan, kelihatan Tengku Irfan sedang asyik membaca surat khabar manakala Puan Zirawati sedang menyapukan jem pada roti sambil dibantu oleh Mak Lijah yang sudah hampir 10 tahun berkhidmat dalam keluarga Tengku Irfan begitu juga suaminya Pak Yusof.

“Good morning papa, good morning mama,” sapa Emelda kepada kedua orang tuanya sambil mencium kedua pipi orang tuanya.

“Good morning sayang . Awal Emelda bangun hari nie?” kata Puan Zirawati kepada satu-satunya anak tunggal perempuannya itu.

“Hari nie kolej dah buka la mama, sebab tu Emelda bangun awal. Tak sabar rasanya nak kembali ke kolej semula,” jawab Emelda sambil menuangkan air kedalam cawannya.

Puan Zirawati hanya tersenyum sambil memandang suaminya yang sejak tadi mendengar perbualan mereka anak beranak.Tengku Irfan hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak gadisnya itu.

“Abang dengan Is mana ma? Dari tadi Emelda tak nampak pun kelibat diorang,” tanya Emelda apabila melihat abang sulung dan abang keduanya tiada di meja makan.

“Ada dekat atas lagi, tadi mama dah suruh Mak Lijah panggilkan. Kejap lagi turunlah tu,” jawab Puan Zirawati apabila melihat anak sulung dan anak keduanya tiada disitu.

Di tangga kelihatan Syahrizal dan Iskandar sedang turun menuju ke meja makan. Syahrizal merupakan anak sulung Tengku Irfan dan Puan Zirawati. Syahrizal merupakan penuntut tahun ketiga di Uitm.

Iskandar pula merupakan anak kedua bagi pasangan ini dan merupakan kembar Emelda. Jarak diantara kelahiran Iskandar dan Emelda adalah 3 minit. Ini menjadikan Iskandar sebagai abang dan Emelda sebagai adik. Iskandar juga merupakan penuntut di Uitm.

Mereka semua bersarapan bersama. Selepas bersarapan, Tengku Irfan mengambil briefcasenya dan menuju ke pintu hadapan untuk pergi kepada Pak Yusof yang sudah menunggu di kereta. Sebelum Tengku Irfan bertolak menuju ke pejabat, Puan Zirawati menyalami tangan suaminya itu dan Tengku Irfan membalasnya dengan mencium dahi Puan Zirawati.

Syahrizal ,Iskandar dan Emelda hanya tersenyum melihat kelakuan orang tua mereka itu.Mereka melambaikan tangan kepada Tengku Irfan apabila kereta yang dipandu oleh Pak Yusof mula bergerak keluar dari porch.

Syahrizal terus menuju ke kolej selepas mengambil beg galasnya. Syahrizal pergi ke kolej dengan menggunakan kereta yang di hadiahkan oleh Tengku Irfan kepadanya 2 tahun lalu. Kereta itu di hadiah kan sempena kemasukan Syahrizal ke kolej.

Emelda dan Iskandar masih lagi bersarapan bersama mama mereka di ruang makan. Puan Zirawati hanya memerhatikan gelagat Iskandar dan Emelda yang sedang asyik bersarapan.

“ Anak mama yang dua orang nie tak nak pergi kolej ke?” tanya Puan Zirawati apabila melihat Emelda dan Iskandar masih belum berganjak dari tempat duduk mereka.

“ Kejap lagi lagi kitorang pergi la mama. Sekarang baru pukul 7.35 pagi, awal lagi” jawab Iskandar sambil mengenyitkan mata kepada Emelda. Emelda hanya tersenyum melihat gaya nakal abang kembarnya itu.

Puan Zirawati hanya mampu mengeleng kepala apabila mendengar dan melihat gelagat anak terunanya itu. Dia tidak boleh memarahi Iskandar hanya kerana sikapnya yang nakal kerana senakal- nakal Iskandar, Puan Zirawati belum pernah mendengar dari sesiapa tentang perkara yang tidak elok yang di lakukan oleh Iskandar.

Iskandar dan Emelda bertolak ke kolej dengan menaiki kereta Iskandar. Puan Zirawati melambaikan tangan kepada anak-anaknya itu dan terus masuk ke dalam apabila kereta Iskandar hilang dari pandangan.


No comments: