Followers

Sunday 4 December 2011

H.A.C.K.S Bab 04



Iskandar bangun dengan penuh keceriaan pada pagi tersebut sehingga membuatkan kesemua yang berada didalam villa menjadi hairan. Tambahan pula pada malam sebelumnya Iskandar kelihatan seperti hilang arah tujuan. Masing-masing membuat pelbagai andaian mengenai perubahan sikap Iskandar.


Perubahan Iskandar tidak berhenti disitu apabila dia menawarkan diri untuk mengambil mengambil Syahrizal di lapangan terbang pada waktu petang. Iskandar turut mengheret Emelda untuk ikut bersamanya mengambil Syahrizal.


Ketika berada di lapangan terbang, Emelda bertanya kepada Iskandar,” Is demam ke hari nie?” sambil tangannya singgah didahi Iskandar.


” Is tak demamlah. Jangan risau, Is sihat,”kata Iskandra sambil mengalihkan tangan Emelda dari dahinya.


Emelda hanya mempu melepaskan nafas apabila melihat perlakuan Iskandar. Bagi Emelda susah untuk melihat Iskandar menawarkan diri mengambil atau menemankan mama dan Emelda berjalan-jalandi bandar. Hatinya kuat mengatakan sesuatu telah terjadi sehingga menyebabkan Iskandar berubah.


Emelda terlalu larut dalam lamunannya sehingga tidak sedar Syahrizal sudah berdiri dihadapannya. Iskandar dan Syahrizal tersenyum apabila melihat Emelda sedang asyik dengan dunianya. Dia seakan dapat menjangkakan apa yang difikirkan oleh Emelda ,tambahan pula melihat Iskandar berada disini untuk mengambil dirinya


” Hai adik...tak kan taknak balik rumah dah?” perli Syahrizal dengan nada suara yang sedikit kuat.

Emelda yang tersedar apabila mendengar suara Syahrizal itu hanya mampu melemparkan senyuman kepada abang sulungnya itu. Dia bagun dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Syahrizal. Syahrizal menyambut tangan Emelda sambil mengosok kepala adik bongsunya itu dengan lembut.


Mereka beredar ke kereta apabila memastikan segala barang yang dibawa Syahrizal tiada yang tertinggal. Perjalanan yang mengambil masa ½ jam itu hanya ditemani dengan bunyi radio yang memutarkan lagu.


Puan Zirawati menyambut kepulangan anak sulungnya dengan wajah yang ceria. Meskipun hanya seminggu tetapi dia merasa seperti hampir setahun dia tidak berjumpa dengan Syahrizal. Kasih sayang yang terlalu mendalam Puan Zirawati kadang-kadang melemaskan anak-anaknya. Suaminya sering menasihati agar tidak terlalu menunjukkan kasih sayang yang terlampau itu tetapi Puan Zirawati hanya buat tidak tahu sahaja.


” Mama ada benda nak cakap dengan Riz nie,”kata Puan Zirawati sambil menarik anak sulungnya ke ruang tamu.


” Ada apa mama?” syahrizal kehairanan melihat keletah mamanya itu sebelum menyambung,” Macam penting aja sampai tak sempat Riz nak naik atas,”


Puan Zirawati tersenyum sebelum menjawab,” Memang pun. Riz ingat tak anak datin rohayu, syikin?”


” Ingat, kenapa mama?” syahrizal mula rasa sesuatu yang tidak kena dengan pertanyaan mamanya itu.


” Mama berkenan lah dengan dia,baik budaknya...,”

” Mama nak jodohkan Riz dengan diakan,”potong Syahrizal apabila memdengar mamanya memuji anak bongsu datin rohayu itu.” Riz taknak la mama,Riz nak belajar dulu,”kata Syahrizal lagi.


” Tapi umur Riz dah 22 tahun,mama risau sebab Riz takde girlfriend lagi,” kata Puan Zirawati dengan nada yang penuh mengharap.


Syahrizal hanya mengeluh mendengar kata-kata mama sebentar tadi. Itu merupakan antara sebab mengapa dia suka membuat kerja jauh dari mamanya. Soalan-soalan Puan Zirawati yang menginginkan seorang menatu sering menyesakkan kepalanya.


”Riz muda lagi lah mama,” kata Syahrizal sambil berlalu naik ke bilik.


” Riz...Riz..mama tak habis cakap lagi nie,” jerit Puan Zirawati apabila melihat langkah anaknya itu. Tengku Irfan hanya mampu mengeluh apabila terdengar perbualan diantara isteri dan anak sulungnya sebentar tadi.


” Awak nie pun,budak tu baru 22 dah nak disuruh kawin,” kata tengku Irfan sambil menggelengkan kepalanya.


” Saya bukan apa bang,risau tengok dia asyik berkepit je dengan budak Syafiq tu,” balas Puan Zirawati dengan muka yang mulai keruh


Tengku Irfan mengucap kalimah syahadah sebelum membalas kata-kata isterinya itu,”Kenapa ? awak ingat anak lelaki awak tu gay ke Zira,”


” Manalah tahu?”

”Kita dah ajar dia dengan ilmu agama yang betul,takkan lah dia nak jadi kaum yang dilaknat tu. Lagipun setahu saya budak syafiq tu anak imam masjid,” kata Tengku Irfan sebelum berlalu ke ruang pejabatnya.




” Emelda nak minum apa-apa ke? Boleh mak lijah buatkan,” tanya mak lijah sambil melemparkan senyuman kepada anak bongsu majikannya itu.


” Ermmm....macam biasalah mak lijah,” kata Emelda membalas senyuman yang diberikan oleh mak lijah sebelum mak lijah berlalu kedapur


Emelda sedang menyiapkan kertas kerja yang diberikan oleh professor mereka kerana kertas tersebut perlu dihantar 2 hari lagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi Emelda untuk menyiapkan kertas kerja awal dari tarikh yang diminta. Air yang dihantar oleh Mak Lijah disisip sedikit demi sedikit.

Syahrizal yang sedang ralit menonton bola mula bergerak naik keatas selepas tamat perlawanan bola. Dia berhenti diruang tengah apabila melihat Emelda sedang duduk di gazebo dan ruang tersebut penuh dengan segala buku dan kertas. Dia menuju kearah adiknya itu bagi mengetahui apa yang sedang adiknya lakukan.


” Sibuk nampak?” kata Syahrizal sambil melabuhkan punggungnya disebelah Emelda. Tangannya sempat menarik kertas yang berselerak diatas gazebo itu.


Emelda tersenyum sekilas sebelum menjawab pertanyaan abangnya itu,” Boleh tahanlah sibuknya. Lagi pun Emelda nak siapkan kerja nie cepat,boleh la buat kerja lain nanti,”


” Nak abang tolong ke?” tanya Syahrizal apabila melihat kerutan di dahi adiknya itu.


Emelda menggangukkan kepalanya laju apabila mendenngar perlawaab abangnya itu. Syahrizal hanya tersenyum apabila melihat reaksi adiknya yang gembira mendengar perlawaannya. Mereka berdua menbuat kerja Emelda sehinggalah jam mencecah angka 2 pagi. Masing-masing mula naik kebilik apabila selesai mengemas barang Emelda.


Ketika Emelda hendak ke bilik air untuk memberus gigi,telefon bimbitnya nyaring berbunyi. Dia menggangkat panggilan tersebut dan mendengar aapaa yang dibicarakan oleh insan di seberang sana,sesekali dia membalas kata-kata insan tersebut. Setelah bercakap beberapa minit,Emelda keluar dari biliknya menuju ke bilik Iskandar yang hanya tak sampai 6 langkah dihadapan biliknya.


” Is...is...is dah tido ke?” tanya Emelda sambil mengetuk pintu bilik Iskandar.


Iskandar membuka pintu biliknya dan memandang Emelda dengan pandangan yang pelik kerana tidak pernah Emelda mengetuk pintu biliknya pada awal pagi seperti ini. Dia hanya berdiam diri untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Emelda.


” Is...is call lah Linda yek. Kesian dia tunggu Is call dia,” kata Emelda sambil melemparkan senyuman comel kepada Iskandar.


” Hermm...yalah nanti Is call dia. Dah pegi tido,nanti ada pulak orang merungut mata awex dia macam panda,”kata Iskandar sambil ketawa kecil apabila melihat Emelda mula menarik muka.


Emelda berlalu kebiliknya dengan muka yang memuncung apabila mendengar kata-kata Iskandar sebentar tadi. Iskandar hanya mampu tersenyum apabila Emelda sudah melangkah kebiliknya.


p/s: sori klau ad sebarang kesilapan...maybe bab 5 lambat skit menyusul sbb bnyk kerja kene wat

No comments: