Followers

Sunday 4 December 2011

H.A.C.K.S Bab 02


Emelda dan Iskandar sampai di Uitm tepat jam 8.30 pagi.Keadaan ketika itu sesak kerana hari ini merupakan hari pendaftaran bagi penuntut tahun pertama. Masing-masing sibuk untuk mendaftarkan diri dan ada juga di antara penuntut yang pendaftaran mereka diuruskan oleh ibu bapa.

Emelda dan Iskandar berpisah mengikut haluan masing-masing apabila memasuki kawasan kolej. Emelda terus menuju kearah Amira yang sedang sibuk menguruskan pendaftaran penuntut baru. Amira langsung tidak menyedari kedatangan Emelda kerana terlalu sibuk menguruskan pendaftaran penuntut tahun pertama

“ Mira , sibuk nampak;” sergah Emelda betul-betul dibelakang Amira hingga membuatkan Amira melatah kuat. Apabila menyedari latahnya itu,muka Amira mulai merah.

“ Ya Allah Emelda , terkejut Mira, Mira ingatkan siapalah tadi,” kata Amira sambil mengurut dadanya kerana terkejut dengan sergahan Emelda sebentar tadi.

Emelda hanya ketawa apabila melihat perlakuan temannya itu. Amira hanya menggelengkan kepala apabila melihat Emelda ketawa. Amira meneruskan kerja yang tertangguh sebentar tadi.

“ Ada apa-apa yang boleh Emelda tolong ke? Bosan la tengok Mira buat kerja,” tanya Emelda sambil memerhatikan Amira membuat kerja.

“ Betul nie Emelda nak tolong Mira?” tanya Amira kepada Emelda bagi mendapatkan kepastian.

Emelda menggangukkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan Amira sebentar tadi. Apabila melihat kesungguhan temannya itu, Amira bangun dan mengambil sekotak kertas yang belum diisi.

“Emelda tolong Mira isikan borang pemilihan mata pelajaran nie. Nama dan nombor kad pengenalan ,Emelda boleh tengok dekat borang pendaftaran yang ada dekat sebelah kiri Emelda tu,” terang Amira kepada Emelda dengan panjang lebar.

“ Ok madam,” jawab Emelda sekadar untuk menyakat temannya itu. Dia menarik kerusi dan melakukan tugas yang diberikan oleh Amira sebentar tadi.

Amira hanya tersenyum melihat gelagat temannya itu. Sudah hampir 7 tahun mereka berkawan . Malah bukan Emelda seorang sahaja merupakan sahabatnya tetapi Elly,Suzie,Fetty,Izzati,dan Fattin juga merupakan teman Amira . Mereka bertujuh berkenalan sejak mereka semua di tingkatan satu lagi.

“Eh! Mana Elly,Suzie,Fetty,Izzati, dan Fattin? Dari tadi tunggu tapi diorang tak muncul-muncul pun,” tanya Emelda kepada Amira sambil tangannya lincang melakukan kerja yang diberi oleh Amira.

“ Diorang ada tapi tadi Cik Mieza panggil diorang. Cik Mieza suruh diorang hias dewan besar untuk ceramah penuntut tahun pertama kejap lagi,” kata Amira sambil menyelesaikan tugas yang diberi.

Emelda hanya menggangukkan kepala tanda mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Amira sebentar tadi,

Ketika Emelda dan Amira sedang rancak berborak, Iskandar datang kepada mereka dan mengatakan bahawa Cik Mieza memanggil mereka untuk membantu yang lain menghias dewan besar. Mereka berdua pun berlalu ke arah dewan besar diikuti oleh Iskandar dibelakang.

Ketika sampai di dewan besar,kelihatan rakan-rakan mereka sedang sibuk membuat kerja. Emelda melambaikan tangannya apabila Elly melihat kearah mereka.Elly berlari ke arah Emelda dan memeluknya dengan erat. Amira dan Iskandar hanya tersenyum melihat keletah Elly. Beberapa minit kemudian muncul Fattin,Izzati,Suzi dan Fetty. Mereka semua memeluk Emelda dengan erat kerana sudah hampir 1 bulan mereka tidak berjumpa.

” Emelda! Lama betul tak jumpa,” rungut Fetty dengan nada merajuk sambil badannya berpusing membelakangi Emelda tanda protes.

” Mana ada lamanya, 1 bulan jelah.” kata Emelda cuba untuk memujuk rakannya itu. manakala yang lain menahan ketawa daripada terhambur apabila melihat keletah Fetty.

” Yelah tu, selama 1 bulan Emelda langsung tak call kita,”kata Fetty dengan nada yang manja menandakan rajuknya sudah mulai surut. Fetty hanya ingin bergurau,meskipun mereka jarang berbual tetapi khidmat pesanan ringkas sering menghubungkan mereka.

Emelda hanya mampu tersenyum melihat keletah rakan-rakannya itu. Ketika itulah matanya terpandang seseorang yang sedang berjalan kearahnya. Dia hanya mampu tersenyum nipis apabila melihat Nabilah Huda menghampirinya.

”Emelda, rindunya Bee dekat Emelda,” kata Nabilah sambil memeluk Emelda dengan erat manakala mata yang galak memandang Iskandar

”Emelda pun rindu dekat Bee. Bee sihat?” tanya Emelda sambil meleraikan pelukannya dan melemparkan senyum manis kepada Nabilah.

”Bee sihat je. So macam mana cuti kali nie?” tanya Nabilah sambil matanya menjeling manja kepada Iskandar.

” Cuti nie macam biasa la , duduk rumah je banyak,” kata Emelda sambil memberi isyarat kepada Iskandar untuk beredar dari situ kerana tidak selesa dengan pandang Nabilah kepada Iskandar.

Apabila melihat isyarat mata yang diberi oleh Emelda , Iskandar terus meminta diri untuk beredar. Iskandar tahu yang Emelda tidak suka dengan cara Nabilah memandangnya tadi. Sudah banyak berita yang sampai kepada Iskandar mengatakan Nabilah berkawan dengan Emelda kerana ingin menjadi lebih rapat dengan dirinya.

Iskandar sendiri pun tidak menyukai cara yang di lakukan oleh Nabilah untuk menambat hatinya.Tambahan pula dengan jelingan mata yang yang baru sahaja diberikan tadi.

Iskandar berlalu menuju ke arah kafeteria yang terdapat di sebelah timur kolej mereka. Ketika sampai disana,kelihatan Adam Hairi dan rakan-rakannya yang lain sedang seronok berborak. Iskandar pun menyertai mereka semua.

” Hai guys, tengah berborak pasal apa nie?” kata Iskandar sambil tersenyum kepada rakan-rakannya. Dia menarik kerusi dan duduk disebelah Adam Hairi.

” Eh! Is, bila sampai? Kitorang tengah berborak pasal ’DIVA’ nombor 1 Uitm nie lah,” kata Ruzaimi sambil menhirup miniman yang tinggal separuh dihadapannya.

” Aku baru aje sampai. Boleh tak kalau aku nak teka siapa ’DIVA’ yang korang maksudkan tu?” kata Iskandar sambil memandang muka rakan-rakannya yang sedang tersenyum lebar.

” Just tell us who’s in your mind Iskandar Zulkarnain bin Tengku Irfan?” tanya Adam Hairi apabila melihat senyuman yang terukir dibibir Iskandar.

” Siapa lagi kalau bukan Nabilah Huda binti Amran,” kata Iskandar sambil mengangkat keningnya

Adam Hairi dan yang lain hanya mengangukkan kepala untuk menunjukkan bahawa memang benar nama yang disebutkan oleh Iskandar sebentar tadi. Iskandar hanya mampu tersenyum apabila melihat reaksi daripada rakan-rakannya itu

” Eh! Cakap pasal Nabilah, dia dekat mana ye?” tanya Zafrullah apabila melihat kereta Nabilah Huda yang di parking berhampiran tempat mereka melepak.

” Ada dekat dalam dewan ,tengah berborak dengan Emelda dan yang lain-lain,” kata Iskandar sambil memandang kereta Nabilah Huda itu. Iskandar tidak memahami mengapa Nabilah masih cuba menawan hatinya meskipun dia telah menyatakan bahawa dia tidak menaruh hati pada Nabilah.

”Oh! Patut la kau ada dekat sini,rupa-rupanya ’kucing parsi ’tue ada kat sana. Yelah,kalau tidakkan kau asyik berkepit aje dengan Amira tue,” kata Imran kepada Iskandar.

”Emelda dah sampai Is?” tanya Adam Hairi tanpa mempedulikan apa yang di perkatakan oleh Imran.Dia bagaikan terkejut apabila mendengar Iskandar menyebut nama Emelda.

” Dah sampai dah, dia datang dengan aku tadi,” jawap Iskandar bagi mengelakkan isu yang di bangkitkan oleh Imran sebentar tadi. Dia tidak mahu isu Nabilah dibangkitkan lagi.

”Lah, kenapa dia cakap yang dia tak sampai lagi,” kata Adam Hairi sambil melihat kembali mesej yang di hantar oleh Emelda sebentar tadi dengan reaksi tidak percaya dengan kenyataan Iskandar

” Emelda tue saje je nak kena kan kau,dia cakap dekat aku tadi,” kata Iskandar sambil tersenyum nakal apabila teringat tentang hubungan lelaki di hadapannya ini dengan Emelda. Tambahan pula dia merupakan antara penyebab hubungan diantara Adam dan Emelda terjalin.

Adam Hairi hanya tersenyum apabila melihat senyuman yang terukir dibibir Iskandar. Dia memahami maksud disebalik senyuman nakal itu. Hampir dua tahun mereka berkawan menyebabkan Adam memahami maksud disetiap perlakuan Iskandar.

Iskandar memberi isyarat mata kepada Adam agar pergi ke tempat dimana Emelda berada. Adam hanya mampu menganggukkan kepalanya apabila dia memahami isyarat yang diberikan oleh Iskandar.

”Ok lah guys....aku bla dulu ye,ada hal lah aku kena buat,”kata Adam Hairi bagi mencari alasan untuk beredar. Dia cuba mengawal riak mukanya dari disedari oleh rakan-rakannya yang lain.

”Pergi ajelah jumpa dengan buah hati kau tu. Tak payah lah kau nak bagi alasan pulak ,ada hal konon.....cakap jelah nak lepaskan rindu dekat buah hati kau tu,” sindir Imran yang sejak tadi melihat perlakuan Adam dan Iskandar.

Adam dan Iskandar hanya mampu tersenyum apabila mendengar sindiran Imran sebentar tadi. Adam terus berlalu menuju ke dewan untuk berjumpa Emelda. Dia mempercepatkan perjalanannya apabila melihat bayangan dewan dihadapannya

Ketika Adam sampai didewan ,kelihatan Emelda dan rakan-rakannya sedang sibuk mengemas dewan bagi persediaan pelajar tahun pertama. Adam menghampiri Emelda yang sedang sibuk memasang bunga diatas pentas.

” Hai cik adik ,boleh abang tolong,” bisik Adam betul-betul dibelakang Emelda sehingga membuatkan Emelda terkejut. Adam hanya mampu ketawa apabila melihat wajah pucat Emelda.

”Am....janganlah terkejutkan Emelda macam tu,” marah Emelda dengan nada manja. Emelda tahu Adam hanya ingin bergurau dengannya

”Saje je nak usik,rindulah,”kata Adam sambil memandang Emelda dengan satu pandangan yang sukar di tafsirkan oleh sesiapa dan hanya mereka berdua sahaja yang memahaminya

Emelda hanya mampu tersenyum apabila mendengar ucapan yang diucapkan oleh Adam sebentar tadi. Kemudian Adam membantu Emelda menyelesaikan tugas yang telah di berikan oleh Cik Amiezha.


1 comment:

Unknown said...

bolehlah.......can improve