Followers

Sunday 4 December 2011

H.A.C.K.S Bab 03




Syahrizal telah ditugaskan menjalankan ujikaji di pahang manakala Iskandar sedang sibuk menjalani latihan bola sepak kerana tidak lama lagi akan diadakan perlawanan persahabatan bagi semua kolej yang terdapat di Malaysia.


Kesibukan mereka berdua telah menyebabkan Emelda terpaksa pulang bersendirian.Ketika Emelda sedang berjalan menuju kearah bus stop yang terletak dihadapan Uitm,kedengaran satu suara menegurnya dari belakang.


”Hai Emelda,”kata suara itu betul-betul dibelakang Emelda sehingga membuatkan Emelda terkejut. Dia cepat-cepat berpaling ke belakang untuk meliht siapa yang menegurnya.


”Eh! Am...,”kata Emelda apabila melihat siapa yang menegurnya itu. Dia melemparkan senyuman yang manis kepada Adam.


Adam hanya mampu tersenyum apabila melihat senyuman yang dilemparkan kepadanya sambil melangkah mendekati Emelda. Bagi Adam ,senyuman yang dilemparkan oleh Emelda itu amat berharga dan dapat membuatnya bahagia.


”Am dari mana tadi,”tanya Emelda apabila Adam telah berada dihadapannya dengan wajah yang jelas kelihatan ceria.


”Am dari kelas tadi,ingat nak pergi kafe tapi ternampak pulak Emelda . Tu yang Am patah balik tu,”kata Adam sambil mengambil fail yang dipegang oleh Emelda.


”Eh! Tak payah la Am,berat nie,”tegah Emelda sambil cuba membawa fail itu jauh dari Adam,tetapi tindakannya hanya sia-sia kerana fail tersebut telah berada ditangan Adam.


”Emelda bawak lagi berat,”kata Adam sambil mengenyitkan mata kepada Emelda sehingga membuatkan muka Emelda memerah,kemudian bertanya”Nie nak pergi mana nie?”


”Ingat nak pergi bus stop tadi,”kata Emelda jujur sambil melemparkan padangan ke arah bus stop yang hanya terletak beberapa meter dari tempat mereka berhenti.


”Nak buat apa pergi bus stop,bukan ke selama nie Emelda balik dengan Is ke?” tanya Adam dengan muka yang dikerutkan tanda tidak suka Emelda menaiki kenderaan awam.


”Is ada latihan bola sepak,abang Riz ada tugasan dekat luar daerah.So Emelda dengan rela hatinya balik naik bas,”kata Emelda dan mendekati Adam untuk mengambil failnya.


Adam terus membawa fail itu jauh dari jangkauan Emelda. Ketinggian Emelda yang hanya paras bahu Adam membuatkan usahanya untuk mengambil failnya semula gagal. Apabila usahanya gagal,Emelda menarik muka kelat.


Adam hanya mampu tergelak apabila melihat muka Emelda yang kelat itu ”Cik Emelda sayang,Am tak akan benarkan Emelda naik bas. Not once,except you have a friend with you,”kata Adam dengan suara yang tegas.


”Habis tu Emelda nak balik dengan apa?”tanya Emelda dengan suara yang sengaja dikeraskan dan wajahnya di palingkan dari Adam.


”Dengan Am lah,”kata Adam sambil tersenyum” Jangan risau,hari nie Am bawak kereta,”sambung apabila melihat muka Emelda yang serba salah itu.


Emelda hanya menganggukkan kepala dan mengekori langkah Adam menuju kearah keretanya yang di parking tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Adam membukakan pintu kereta kepada Emelda.




Didalam kereta Adam,suasana sunyi dirasai, hanya kedengaran lagu ’One Step At A Time’ nyanyian Jordin Sparks di radio. Adam menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya.


”Esok Emelda ada apa-apa rancangan ke?”tanya Adam bagi memecah kesunyian yang menyelubungi mereka sejak tadi.


”Tak ada kot,kenapa Am tanya?”kata Emelda sambil memandang Adam dengan penuh tanda tanya.


”Am ingat esok nak ajak Emelda pergi jalan-jalan dekat bandar,”kata Adam dengan suara yang diperlahankan,risau hasratnya ditolak oleh Emelda. Sudah beberapa kali ajakannya di tolak, itu yang membuatkan dia takut.


Emelda terdiam sejenak memikirkan ajakkan Adam itu. Jika dia menolak bermakna dia terlepas peluang untuk keluar bersama Adam untuk sekian kali. Dan jika dia menerima,dia terpaksa menahan telinga dengan ejekan Iskandar.


”Ok juga tu. Emelda pun dah lama tak keluar bandar dengan Am,”kata Emelda sambil tersenyum selepas memikirkan tentang rancang Adam itu.


Adam tersenyum gembira apabila mendengar persetujuan Emelda sebentar tadi. Adam menyatakan bahawa dia akan mengambil Emelda pada jam 10 pagi,apabila mereka sampai dihadapan rumah Emelda.


Selepas Emelda mengucapkan terima kasih kepada Adam kerana menumpangkan dia pulang,Adam terus memecut pergi. Emelda hanya mampu tersenyum apabila memikirkan tindakan yang telah diambil itu.




Pada keesokan harinya Emelda bangun awal untuk menunaikan solat subuh. Selepas mengemas biliknya, Emelda turun kebawah untuk menolong mamanya dan Mak Lijah menyiapkan sarapan pagi. Selepas selesai menolong di dapur,Emelda menyertai Iskandar menonton televisyen.


”Emelda nak pergi mana hari nie?”tanya Iskandar sambil matanya masih terpaku pada cerita yang disiarkan. Dia sekadar ingin mengetahui sahaja.


”Emm...hari nie Emelda nak pergi jalan-jalan dengan Am dekat shopping complex,”kata Emelda sambil memandang Iskandar untuk melihat reaksi yang bakal di tunjukkan oleh Iskandar.

Walaupun berada dirumah,Iskandar amat mementingkan penampilan. Iskandar kelihatan stylo dengan baju t-shirt polo dan seluar pendek paras lutut ketika ini. Bagi Iskandar penampilan yang bergaya itu amat penting bagi memastikan hari yang dilalui dirasai sempurna.


”Keluar pukul berapa?”tanya Iskandar lagi sekali gus mematikan lamunan Emelda sehingga membuatkan Emelda terpaku sebentar


”Ha....emm..kitorang keluar pukul 10,”jawab Emelda tergagap sambil mencuba mengawal reaksi wajahnya daripada disedari oleh Iskandar.


Iskandar memandang Emelda dengan pandangan yang pelik apabila mendengar Emelda menjawab persoalannya dengan nada yang tergagap. Emelda menjadi semakin mengelabah apabila melihat Iskandar memandangnya.


”Emelda berangan ye tadi,”kata Iskandar sambil ketawa apabila melihat wajah Emelda mengelabah dan mulai memerah. Senyuman nakal mula terbit di bibir Iskandar apabila melihat wajah serba-salah Emelda itu.


Emelda menafikannya sambil berlari kearah laman.Iskandar terus mengejar Emelda dan mengejeknya. Tengku Irfan yang sedang membasuh kereta BMW kesayangannya itu hanya mampu tersenyum apabila melihat keletah anak-anaknya itu.


Tepat jam 10 pagi,Adam pun tiba dihadapan rumah Emelda.Kedatangan Adam telah dimaklumkan oleh Pak Yusof kepada Emelda. Emelda terus turun kebawah bagi mengelakkan Adam menunggu lama.


Ketika sampai diruang tamu,kelihatan Adam sedang bersembang dengan Tengku Irfan. Selepas meminta kebenaran,Adam terus membawa Emelda berjalan-jalan ke bandar. Masa yang mereka perolehi telah mereka gunakan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti. Emelda juga sempat membeli sebuah novel bertajuk ’Lagenda Elfrreen’ hasil nukilan Mohd Zahar Yasin ketika mereka berdua singgah di MpH book store.




Adam menghantar Emelda pulang kerumah pada jam 8.30 malam. Ketika ingin. menuju ke bilik,Emelda bertembung dengan Iskandar. Dia melempar senyuman kepada Iskandar.


”Baru balik,”tanya Iskandar bersahaja sambil memandang Emelda dengan pandangan yang sukar ditaksir.


Emelda hanya menganggukkan kepala bagi menjawab pertanyaan Iskandar sebentar tadi. Ketika hendak melangkah masuk ke bilik,Emelda teringatkan sesuatu apabila terlihat telefon bimbit di tangan Iskandar.


”Emm... Is,”tegur Emelda,mematikan langkah Iskandar yang ingin menuju ke ruang tamu. Iskandar menggunakan isyarat mata bagi menjawab panggilan Emelda.


Apabila pertanyaan menggunakan bahasa isyarat itu tidak mendapat respon, Iskandar pun bertanya sambil tersenyum nakal, "Ha...ada apa?”


”Tadi Linda call,”kata Emelda sambil membalas senyuman nakal Iskandar dengan jelingan mata.


”Mana dia dapat nombor Emelda,”tanya Iskandar dengan penuh kehairanan ,terus mematikan senyuman nakalnya sebentar tadi.


” Lah...kan nombor yang Emelda guna sekarang nie nombor lama Is,”kata Emelda,marah dengan sikap Iskandar yang mudah terlupa. Tambahan pula Iskandar yang beria-ia menyuruh dia menggunakan nombor itu.


”Terlupa...takpe lah,Emelda pergi mandi dulu. You smell stingky sis,”kata Iskandar sambil berlalu dengan mengenyitkan mata kepada Emelda yang mula menarik muka.


Emelda hanya mampu tersenyum apabila melihat Iskandar mulai berlalu. Dia terus naik ke bilik untuk mandi dan menunaikan solat Isyak. Tengku Irfan sering mengingatkan anak-anakya tentang bertapa pentingnya solat.


Selepas selesai menunaikan solat.Emelda pun turun untuk menyertai ahli keluarganya yang lain menonton televisyen. Ketika dia melintasi ruang makan,dia melihat Iskandar sedang termenung di atas gazebo di halaman rumahnya. Dia membatalkan niatnya untuk menuju ke bilik televisyen sebaliknya dia menuju ke arah Iskandar.

”Hai Is...kenapa termenung sorang-sorang nie,”tanya Emelda sambil mengambil tempat di sebelah Iskandar.


Iskandar melemparkan senyuman kepada Emelda sebelum menjawab pertanyaannya sebentar tadi,” Tak ada apa, Is saja nak ambik udara dekat luar ni,”


”Is jangan nak tipu Emelda lah. Kita kenal bukan sehari dua tau,dari dalam perut mama lagi kita kenal tau,”kata Emelda sehingga Iskandar melemparkan pandangannya kearah lagi. Tidak sanggup rasanya hendak memandang mata kembarnya itu setelah mendengar kata-kata Emelda sebentar tadi.


” Is..emm...Is...ada masalah sikit,”kata Iskandar sambil melemparkan pandangannya ke arah kolam renang dihadapan mereka.


” Apa dia? Cakaplah mana tau Emelda boleh tolong,” kata Emelda sambil melemparkan senyuman ikhlas kepada Iskandar.


Iskandar hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Baginya masalah ini tidak seharusnya turut dibebani oleh Emelda. Biarlah dia mencari jalan untuk menyelesaikannya. Terlalu banyak masalahnya yang telah diselesaikan oleh Emelda,dia tidak mahu dianggap pengecut dan tidak tahu menyelesaikan masalah.


” Oklah kalau Is taknak bagi tahu. Tapi janji kalau masalah tu dah selesai,cepat-cepat bagi tahu Emelda tau,”kata Emelda apabila melihat Iskandar hanya berdiam diri.


” Is janji,kalau semua dah selesai,Emelda orang pertama yang Is bagi tahu,”kata Iskandar sambil mencuit hujung hidung Emelda.


Emelda tersenyum sambil memeluk Iskandar kejap. Setelah lama begitu,Emelda meleraikan pelukan dan menarik Iskandar ke ruang menonton untuk menyertai ahli keluarga yang lain. Iskandar hanya menurut langkah adik kembarnya itu. Dia bersyukur dikurniakan adik yang memahami seperti Emelda.

No comments: