p/s: maybe bukan bulan nie sebab sekarang dalam mood study untuk trial STPM yang start hari selasa nie.
*****************************************************************
Nenda yang sedang
duduk dikerusinya sedang memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku hanya
menelan air liur melihat pandangan itu. Ditangan nenda kelihatan sebuah fail
yang pernah aku tandatangan 5 tahun lepas.
“Qalisya Datuk Ariffin, nenda ada sesuatu yang ingin
diselesaikan,” kata nenda tegas dan menghulurkan fail yang berada ditangannya.
Aku melabuhkan diri
dihadapan nenda dan mencapai fail tersebut. Aku memandang sayu fail tersebut
sebelum memandang wajag kedua orang tuaku. Beberapa minit kemudian pintu bilik
kerja nenda terbuka dan kelihatan abang Qausar, abang sulungku melangkah
masuk.
“Memandangkan Qausar
pun sudah sampai,nenda rasa baik kita teruskan perbincangan ini. Setelah hampir
lima tahun Qalisya berada dalam kebebasan, dengan ini nenda menarik kembali
kebebasan itu sepenuhnya,” suara nenda menyentakkan semua orang yang berada
didalam bilik itu.
“Tapi bonda,” mama
cuba membantah tetapi ditahan dipotong oleh nenda.
“Bonda tak habis cakap
lagi. Qalisya,nenda hendak kamu berkahwin dengan kawan abang kamu yang telah
nenda pilih,” sambung nenda.
Abang Qausar juga
kelihatan tersentak dengan kata-kata nenda. Mungkin dia juga tidak menyangka
yang nenda ingin memilih kawannya sebagai calon suamiku. Hatiku tertanya-tanya
siapa rakan abang Qausar yang ingin dijodohkan dengan aku kerana hampir kesemua
rakan-rakannya aku kenal.
“Siapa nenda?”
akhirnya terkeluar juga suara macho
abang Qausar setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Fakhri
Fauzan,”pendek sahaja jawapan nenda yang memberi seribu kekacauan dalam diri
aku.