assalamualaikum...
akhirnya berakhirlah tahun 2012. banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun
well,2013, welcome to my life. harap2 segala-galanya baik tahun nie. buat semua rakan blogger,selamat tahun baru :)
Followers
Bab dalam my e-novel...klik je
Monday, 31 December 2012
Sunday, 30 December 2012
kisah di aspuri SMKKL
bila ingat balik..lucu pulak masa tinggal at dome. nak tahu kenapa? aku ingat lagi ada sekali tu,asrama buat jamuan. kiranya petang tu x makan lah. sebelum pergi jamuan kitorang semua pergi sembahyang at surau. tapi aku nie degil,yelah pergi sembahyang dekat bilik ngan dua tiga orang lagi. ikutkan asrama puteri keliling ngan pagar,satu2 cara nak keluar hanya panjat pintu pagar dekat depan dewan makan.
hari tu aku baru siap mandi,masa tu org dah sikit sebab semua pergi surau. tapi entah mana silapnya rambut aku boleh tersangkut dekat sikat. mengada sangat nak pakat sikap jenis bulat. masa tu rasa macam nak nangis dah. dak2 bilik tolong ngan kawan aku sekali. puas dah buat macam2 cara,syampu lah,basah rambut lah. dia tak nak keluar jugak. alih2 cikgu datang sebab kebetulan cikgu nak keluar pergi jamuan.
satu2 cara yang paling senang yang cikgu buat adalah dia potong rambut aq. dah seceput je botak dekat situ. pastu boleh pulak cikgu cakap aku berangan masa sikat rambut. masa tu malu tak yah cakaplah. even mak aku pon membebel tengok rambut aq yang botak sikit at atas...bila ingat balik lawak jugak..tapi tulah sampai sekarang aq fobia nak guna sikat jenis bulat.
hari tu aku baru siap mandi,masa tu org dah sikit sebab semua pergi surau. tapi entah mana silapnya rambut aku boleh tersangkut dekat sikat. mengada sangat nak pakat sikap jenis bulat. masa tu rasa macam nak nangis dah. dak2 bilik tolong ngan kawan aku sekali. puas dah buat macam2 cara,syampu lah,basah rambut lah. dia tak nak keluar jugak. alih2 cikgu datang sebab kebetulan cikgu nak keluar pergi jamuan.
satu2 cara yang paling senang yang cikgu buat adalah dia potong rambut aq. dah seceput je botak dekat situ. pastu boleh pulak cikgu cakap aku berangan masa sikat rambut. masa tu malu tak yah cakaplah. even mak aku pon membebel tengok rambut aq yang botak sikit at atas...bila ingat balik lawak jugak..tapi tulah sampai sekarang aq fobia nak guna sikat jenis bulat.
cerpen "Penjaga" [ii]
Pagi yang damai
disekolah kecoh dengan kedatangan ahli Persatuan Pelajar Sekolah. Masing-masing
terpesona dengan karisma yang diperolehi oleh empat orang ahli persatuan
tersebut. Kerusi raja dipegang oleh Irfan. Dia merupakan seorang yang amat
berdedikasi dan dikagumi oleh semua warga sekolah. Kerusi permaisuri pula
dipegang oleh Finas. Finas merupakan seorang yang berkebolehan dari segala segi
dan Finas berada satu kelas dengan Kayra. Kerusi Raja Muda dipegang oleh Amin.
Amin merupakan pelajar tingkatan 5 dan ketua kelab bola sepak sekolah. Kerusi
terakhir iaitu Puteri yang dipegang oleh
Diana. Diana merupakan ahli termuda didalam ahli utama dan dia juga merupakan
seorang yang manja. Tugas ahli Persatuan Pelajar adalah memastikan segala
keperluan dan keselamatan pelajar terjamin apabila berada dikawasan sekolah.
“Hai Kayra,”
sapa satu suara dari belakang.
Kayra yang
terkejut dengan sapaan it uterus terjatuh dan memandang orang itu dengan muka
yang ketakutan. Finas tergelak melihat wajah Kayra yang penuh ketakutan itu. Dia
membantu Kayra bangun dan meminta maaf atas kesilapannya menegur Kayra secara
tiba-tiba.
Thursday, 27 December 2012
cerpen "Penjaga" [i]
Kelihatan ramai
pelajar sekolah sedang berpusu-pusu menuju ke sekolah. Mereka semua merupakan
pelajar dari Sekolah Tinggi Skype. Para pelajar disekolah ini merupakan antara
pelajar terbaik di daerah. Setiap sekolah mengagumi kelebihan yang dimiliki
oleh pelajar sekolah ini.
“Oit, tepi sikit
boleh tak, korang halang jalan aku lah,”
suara seorang perempuan kedengaran di lorong yang menjadi jalan pintas
ke sekolah. Ketika itu kelihatan dua orang budak dari sekolah lain cuba membuli
pelajar Sekolah Tinggi Skype.
cerpen "Kurungan Cinta"[iii]
“Awak tipu saya
Alia!” Shahrul muncul dihadapan pintu pejabat dan dibelakangnya berdiri
setiausaha aku Fara.
Fara kelihatan serba
salah kerana sebelum itu aku dah sudah berpesan agar jangan membenarkan sesiapa
menganggu hari ini. Aku hanya menghadiahkan senyuman kepada Fara tanda aku
tidak menyalahkannya. Hampir dua bulan aku berkerja disini dan aku tahu
bagaimana kerja yang dilakukan oleh Fara. Fara berlalu meninggalkan aku dengan
Shahrul.
“Apa maksud awak
Shah?” aku cuba menenangkan diri apabila berhadapan lelaki ini. Dia merupakan
satu-satunya lelaki yang menjadi kawan aku paling baik di London. Aku juga tahu
perasaan dia pada aku tetapi aku pekakkan telinga.
“Awak jangan buat
tak tahu. Whats the meaning of all this?” Shahrul melamparkan tabloid yang
menceritakan perkahwinan aku pada dua bulan lepas,” You have promise me Lia,you
promise that you will give me a chance to show my love to you,”
Aku menghela
nafas,sesak rasa nafas aku apabila berhadapan dengan lelaki ini. Di dalam hati
aku berharap agar Fakhri dapat membantu aku tetapi itu mustahil kerana lelaki
itu sedang berkursus di Johor. Ya Allah! Hantarkan aku bantuan agar aku dapat
memberi jawapan yang tidak akan melukai lelaki ini.
“Its just....,”
Lidah aku kelu tika
ini. Akal aku tidak dapat mencerna apa yang perlu aku katakana kepada Shahrul.
Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka dan muncul Rayyan. Hati aku bersorak gembira
apabila melihat Rayyan tika ini.
“ Ini jodoh Lia,
Shah. Kita semua tak boleh ubah,”jawab Rayyan tenang.
“Engkau cakap
senanglah tapi perasaan aku macam mana? Engkau takkan fahan Rayyan,”
Rayyan menghampiri
Shahrul dan menghadiahkan tumbukan di muka lelaki itu. Aku terpana sebentar
dengan tindakan Rayyan begitu juga Abang Qausar yan baru sahaja melangkah
masuk. Nasib baik Abang Qausar sempat menghalang sebelum tumbukan kedua tiba di
muka Shahrul.
“ You idiots,” satu
kata dari Rayyan yang membuatkan Shahrul
berhenti menangis,” Aku tinggalkan Sara untuk engkau tapi engkau sia-siakan.
Sekarang nie engkau nak rampas kebahagian Alia pulak. Engkau nak rampas Lia dari
Fakhri pulak ke ,tak cukup engkau buat dekat aku,”
“Maksud engkau,
engkau tinggalkan Sara untuk aku? Engkau tahu aku suka Sara,”
“Lebih baik engkau
keluar sebelum aku bunuh engkau dekat sini. Satu lagi,jangan tunjuk muka engkau
dekat keluarga aku lagi,” Rayyan berlalu keluar. Mungkin untuk menenangkan
diri.
Kini aku sedang berdiri dihadapan pintu rumah
menanti kepulangan suami aku yang tercinta. Shahrul tidak lagi wujud dalam
hidup kami. Bila fikirkan ,mungkin itu sebabnya Rayyan tidak mempunyai kekasih
hingga kini. Aku berjanji akan setia kepada Fakhri seorang sehingga ajal
menjemput. Hati aku telah dikurung hanya untuk Fakhri seorang sahaja.
THE END
p/s: sori hbis idea...klau x best ckap tau...pas pekse arie tu trus blank otak nak smbung cite nie
Tuesday, 25 December 2012
Ibu suka berbohong
Seorang ibu dlm hidupnya membuat kebohongan.
1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kpd anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tdk lapar."
2. Wkt makan, ia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tdk suka daging, makanlah, nak.."
Wednesday, 12 December 2012
12.12.12
akhirnya...habis juga exam STPM. lpas nie aq ad banyak masa nak update blog...
lpas nie nak ambil lesen dlu,then bru fikir pasal kerja. mybe i will miss all my friend but kitorang still leh jumpe sbb duduk satu rancangan kot. semua ilmu yg dh cegu ajr dh lpas kan dekat dlm exam,tggu result jelah. klau x lpas 'U' awm mungkin mintak 'U' swasta @ luar ( medan). tengok pada nasib lah
Subscribe to:
Posts (Atom)